Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord N10 5G kini rasmi di Malaysia – hanya RM 999 di Lazada pada 27 Mac ini


OnePlus Malaysia secara rasminya telah mengesahkan pelancaran OnePlus Nord N10 5G yang akan ditawarkan pada harga RM 1,199 namun pada 27 Mac, anda boleh mendapatkanya pada harga RM 999 sahaja di stor OnePlus di Lazada.

OnePlus Nord N10 5G boleh dikategorikan sebagai telefon pintar 5G termurah di Malaysia dan ianya hadir dengan pemproses Snapdragon 690 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, OnePlus Nord N10 5G juga tampil dengan skrin paparan IPS FHD+ berukuran 6.49-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3 (2.5D).

OnePlus Nord N10 5G juga tampil dengan tetapan quad-kamera iaitu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor monokrom 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Beralih kepada bateri pula, OnePlus Nord N10 5G tampil dengan bateri berkapasiti 4,300mAh yang menyokong pengecasan pantas Warp Charge 30T.

OnePlus Nord N10 5G akan ditawarkan didalam warna Midnight Ice dan pembelian boleh dibuat di SINI

Selain itu, pemegang kad kredit Citibank Lazada juga boleh menikmati tambahan diskaun RM 150 dengan menggunakan kod  CITI1PLUS ketika membuat pembayaran menggunakan kad kredit tersebut.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.