Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A94 kini dilancarkan secara rasmi – spesifikasi sama seperti Reno5 F


Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo A94 ke pasaran Singapura dan ianya adalah Oppo Reno5 F yang ditawarkan dibeberapa pasaran lain.

Oppo A94 hadir dengan skrin paparan AMOLED 60Hz berukuran 6.43-inci (1080×2400) yang mempunyai kadar pensampelan sentuhan skrin 135Hz, kadar kecerahan maksima 800nits dan sensor capjari bawah skrin.

Pada bahagian belakang, Oppo A94 menampilkan 4 sensor iaitu sensor utama 48MP, sensor ultrawide 119° 8MP, sensor makro dan sensor monokrom manakala kamera selfie adalah 32MP.

Selain itu, Oppo A94 hadir dengan cipset MediaTek Helio P95 berkelajuan 2.2GHz, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Beralih kepada bahagian bateri pula, Oppo A94 mempunyai bateri berkapasiti 4,310mAh dengan pengecasan VOOC 30W dan terdapat juga antaramuka ColorOS 11 yang berasaskan Android 11.

Oppo A94 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Fluid Black dan Fantastic Purple

Kita mungkin menyaksikan Oppo A94 di tawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.