Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad 10.4 – 5 Sebab Kenapa Ianya Adalah Tablet Terbaik Pada Harga dibawah RM 1,500


HUAWEI MatePad 10.4 – 5 Sebab Kenapa Ianya Adalah Tablet Terbaik Pada Harga dibawah RM 1,500

Memiliki sebuah tablet baik untuk hiburan atau untuk melakukan tugas pejabat dari rumah kini dilihat sebagai satu keperluan yang menjadi sebahagian daripada norma baharu didalam usaha untuk kita untuk keluar sepenuhnya dari gelombang wabak Covid-19.

Dengan skrin paparan yang lebih besar, tablet menawarkan pengguna satu operasi peranti yang lebih mudah dan imersif.

Selain itu, harga bagi satu tablet yang menawarkan anda pelbagai spesifikasi dan ciri yang premium sudah pastinya ditawarkan pada harga yang mencecah ribuan ringgit.

Walaubagaimanapun, kini tampil satu alternatif baru dipasaran tempatan iatu Huawei MatePad 10.4 yang dengan segera menjadi antara pilihan terbaik dipasaran bagi tablet pada harga dibawah RM 1,500.

Berikut adalah 5 sebab kenapa Huawei MatePad 10.4 adalah tablet terbaik dibawah harga RM 1,500.

Skrin Paparan IPS 2K

Tidak kira telefon pintar atau tablet, kadar kepuasan yang dapat ditawarkan kepada pengguna adalah dengan menawarkan skrin paparan yang mempunyai kadar resolusi yang ti dan kepadatan piksel yang tinggi.

Huawei MatePad 10.4 adalah sebuah tablet yang mensajikan setiap kandungan pada resolusi 2K atau pada resolusi 2400 x 1200 piksel.

Dalam pada itu, skrin paparan IPS ini juga mempunyai kepadatan piksel 225ppi dan ianya juga tampil dengan pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light yang melindungi mata anda dari cahaya biru yang berbahaya sepanjang anda memandang skrin.

Sistem bunyi Quad Speaker oleh Harmon Kardon

Bagi mendapatkan satu pengalaman multimedia yang imersif, skrin paparan yang baik harus dipadankan dengan sistem audio terbaik didalam kelas.

Untuk itu, Huawei telah berkerjasama dengan Harmon Kardon untuk membawakan anda tetapa quad-speaker yang memastikan telinga anda ‘dihujani’ dengan bunyi yang realistik dan terang.

Selain itu, sistem audio Histen 6.1 3D dan Harmon Kardon yang digunakan pada 4 speaker beramplitud tinggi ini juga menampilkan reka bentuk inovatif.

Hasilnya adalah, Huawei MatePad 10.4 menawarkan anda pengalaman audio sinematik yang setaraf sebuah sistem teater rumah.


Storan dalaman Yang Besar Untuk Memenuhi Keperluan Multimedia Anda

Kebanyakkan tablet pada harga dibawah harga RM 1,500 menawarkan pengguna ruang storan dalaman yang rendah iaitu 32GB atau 64GB dan ini belum mengambil kira ruang storan yang telah digunakan oleh sistem peranti.

Sebagai sebuah hub hiburan dan kerja, memiliki tablet dengan storan yang rendah anda mimpi ngeri banyak pengguna kerana ianya membataskan anda untuk memiliki koleksi filem yang lebih besar atau fail kerja pejabat yang pastinya menggunakan ruang storan dalaman peranti anda.

Sekali lagi, Huawei telah mendengar keluhan pengguna mengenai storan dalaman yang kecil dan telah melengkapkan Huawei MatePad 10.4 dengan storan dalaman 128GB.

Storan dalaman yang besar ini membolehkan anda menyimpan lebih banyak fail atau koleksi multimedia tanpa perlu risau mengenai storan.

Jika itu tidak cukup, anda pasti juga gembira untuk mengetahui bahawa Huawei MatePad 10.4 juga menyokong storan dalaman tambahan sehingga 512GB dengan pengunaan kad microSD.


Teknologi WiFi-6

Didalam era perhubungan yang semakin maju, setiap pengguna amat bergantung kepada sambungan internet yang stabil.

Huawei MatePad 10.4 telah dilengkapi dengan rangkaian perhubungan Wi-Fi yang terkini iaitu Wi-Fi 6.

Huawei MatePad 10.4 boleh dikatakan sebagai antara tablet mampu milik terawal dipasaran dengan sokongan rangkaian Wi-Fi 6.

Anda pasti tertanya apakah itu Wi-Fi 6?, secara asasnya ia adalah generasi terbaru rangkaian Wi-Fi yang seperti biasa menghubungkan anda kepada Internet.

Walaubagaimanapun Wi-Fi 6 mempunyai kelajuan maksima 9.6Gbps iaitu hampir 3 kali ganda lebih pantas dari Wi-Fi 5 yang menawarkan anda kelajuan maksima 3.5Gbps.

Harus diingat bahawa ini tidak bermaksud sambungan Wi-Fi dirumah anda akan lebih laju tetapi Wi-Fi 6 yang digunakan pada Huawei MatePad 10.4 akan memberikan anda sambungan Wi-Fi akan lebih baik walaupun lebih banyak peranti tersambung kepada rangkaian yang sama.

Salah satu router yang kini mempunyai sokongan Wi-Fi 6 adalah Huawei Wi-Fi 6 AX3 Dual Core router yang akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi pada harga RM 199.

Huawei MeeTime

Kepentingan perhubungan secara maya adalah sesuatu yang mampu membawa perubahan yang besar kepada kita dan keluarga disaat pandemik global yang menghadkan pergerakan kita baik didalam negeri atau ke luar negara.

Untuk ini, kita pastinya hendak memiliki sebuah peranti perhubungan yang menawarkan kualiti panggilan video terbaik dipasaran.

Sehubungan dengan itu, Huawei MatePad 10.4 telah dilengkapi panggilan video MeeTime pada resolusi 1080p untuk panggilan video dengan kualiti gambar yang jelas.

Selain, Kualiti gambar juga tidak akan begitu terjejas samada anda membuat panggilan pada rangkaian WiFi atau Data.

Pra-tempahan Huawei MatePad 10.4 kini dibuka

Huawei MatePad 10.4 akan memasuki pasaran Malaysia mulai 20 Mac ini dan hari ini adalah hari terakhir untuk anda melakukan pra-tempahan yang telah dibuka sejak 16 Mac yang lalu.

Dengan setiap pra-tempahan ini, pengalaman pengunaan Huawei MatePad 10.4 sudah pastinya lebih imersif kerana anda akan menerima beberapa hadiah percuma eksklusif yang bernilai RM 665.

Antara hadiah percuma yang akan diterima dengan setiap pra-tempahan adalah seperti berikut:

  • HUAWEI Smart Magnetic Keyboard
  • Entertainment Gift Package
  • Akses HUAWEI Video percuma untuk 3 bulan.

Pra-tempah Huawei MatePad 10.4 di HUAWEI Store OnlineHari Terakhir!

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan Huawei M-Pencil yang turut disokong pada tablet Huawei MatePad 10.4 ini.

Akhir sekali, dengan tag harga RM 1,499, Huawei MatePad 10.4 adalah sebuah tablet yang dilihat amat berbaloi untuk dimiliki tidak kira untuk tugas kerja atau hiburan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.