Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 11 Ultra dan Black Shark 4 disahkan akan dilancarkan tidak lama lagi


Naib presiden Xiaomi, Lu Weibing telah mengesahkan bahawa syarikat ini akan melancarkan dua telefon pintar yang dikatakan merujuk kepada Xiaomi Mi 11 Ultra dan Black Shark 4.

Selain itu, Weibing juga berkata bahawa pengguna yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar ini perlu untuk untuk seketika sebelum melihat telefon pintar ini dipasaran.

Xiaomi Mi 11 Ultra dan Black Shark 4 dijangka akan menggunakan cipset Snapdragon 888 yang mana Mi 11 Ultra akan memfokuskan kepada teknologi kamera dengan sensor persikop manakala telefon pintar gaming Black Shark 4 pula akan tampil dengan skrin paparan yang memiliki kadar segar semula melebihi 120Hz.

Walaubagaimanapun, Qianhao Lu dari ZTE pula membalas posting ini dengan menyatakan bahawa telefon pintar gaming ini telah berada dipasaran dan ianya adalah Red Magic 6 Pro yang membawakan kapasiti RAM sehingga 18GB.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.