Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MatePad 10.4 akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 16 Mac ini pada harga RM 1,499 sahaja

Huawei MatePad 10.4 akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 16 Mac ini pada harga RM 1,499 sahaja 3
Huawei Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa tablet terbaru keluaran syarikat ini iaitu Huawei MatePad 10.4 akan mula dibuka untuk pra tempahan dari 16 hingga 19 Mac ini.

Selain mengesahkan pembukaan pra-tempahan ini, Huawei juga telah mengeluarkan maklumat harga dan promosi bagi yang membuat pra-tempahan ini.

Huawei MatePad 10.4 akan ditawarkan pada harga RM 1,499 sahaja dan setiap pembelian tablet ini juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM 665 yang termasuk Huawei Magnetic Keyboard, Entertainment Gift Package dan langganan percuma Huawei Video VIP untuk 3 bulan.

Selain itu, Huawei Malaysia juga telah mengesahkan bahawa Huawei WiFi AX3 Dual Core juga akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi pada harga RM 199.

Anda boleh membuat pra-tempahan bagi Huawei MatePad 10.4 di HUAWEI Store Online mulai esok.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.