Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 8 dan realme 8 Pro akan dilancarkan pada 24 Mac ini


siri realme 8 yang hangat diperkatakan sejak beberapa ketika kini dilihat telah disahkan akan dilancarkan pada 24 Mac ini melalui satu video promosi pelancaran telefon pintar ini.

CEO realme India dan Europe, Madhav Seth telah mengesahkan secara tidak langsung  bahawa satu pelancaran produk akan berlangsung pada 24 Mac ini dan ianya akan dilengkapi dengan sensor kamera utama 108MP.

Didalam video ini Madhav Seth telah memandu kereta sports di Litar Antarabangsa Buddh, India

Seperti biasa, siri realme 8 dijangka akan ditawarkan didalam dua varian iaitu realme 8 dan realme 8 Pro yang mana setakar ini tidak banyak maklumat rasmi mengenainya diketahui.

Walaubagaimanapun, realme 8 dijangka akan hadir dengan sensor utama 64MP manakala realme 8 Pro pula hadir dengan sensor utama 108MP.

Selain itu, satu posting di Twitter Madhav Seth juga telah memberikan kita maklumat bahawa realme 8 akan hadir dengan pemproses Helio G95, Skrin AMOLED 6.4-inci , bateri 5,000 mAh, dan pengecasan 30W.

Tonton Video Tersebut di bawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.