Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC Wildfire E3 telah dilancarkan dirasmi

HTC, satu jenama syarikat telefon pintar yang semakin ditelan zaman kini telah melancarkan satu telefon pintar entry-level baru yang dikenali sebagai HTC Wildfire E3.

HTC Wildfire E3 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD+, pemproses MediaTek Helio P22, 3 atau 4GB RAM selain storan dalaman 64GB atau 128GB.


Pada bahagian belakang, HTC Wildfire E3 menempatkan kamera utama 13MP, sensor ultrawide 8MP dan dua sensor 2MP untuk makro dan potret manakala kamera selfie adalah 13MP.

Selain itu, HTC Wildfire E3 juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh yang dicaj melalui slot USB-C, Bluetooth 4.2, bicu audio 3.5mm, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac pada frekuensi 2.4 GHz dan 5 GHz dan Android 10.

HTC Wildfire E3 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Hitam dan Biru di Rusia namun harga penjualan masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.