Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran Global Poco F3 dan Poco X3 Pro akan diadakan pada 22 Mac ini

Pelancaran Global Poco F3 dan Poco X3 Pro akan diadakan pada 22 Mac ini 3
Poco secara rasminya telah mengesahkan bahawa satu majlis pelancaran global telefon pintar generasi baru Poco akan berlangsung pada  22 Mac ini.

Pada majlis pelancaran ini, Poco dijangka akan melancarkan Poco X3 Pro dan Poco F3 yang merupakan penjenamaan semula bagi Redmi K40.

Poco X3 Pro dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 860 yang hanya menawarkan sokongan 4G.

Selain itu, Poco X3 Pro juga dijangka akan tampil dengan skrin paparan 120Hz, bateri berkapasiti 5,200mAh dengan pengecasan pantas dan storan dalaman 6/128GB atau 8/256GB.

Jika mengikut trend pelacaran sebelum ini, kita mungkin dapat menyaksikan pelancaran Poco X3 Pro dan Poco F3 ke pasaran Malaysia tidak lama selepas pelancaran global.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.