Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mi Ionic Hair Dryer H300 dan Mi 360º Home Security Camera 2K akan ditawarkan di Malaysia mulai esok

Mi Ionic Hair Dryer H300 dan Mi 360º Home Security Camera 2K akan ditawarkan di Malaysia mulai esok 3
Xiaomi Malaysia secara rasminya telah mengumumkan dua produk ekosistem yang dilancarkan di pasaran tempatan baru-baru ini akan mula dijual esok.

Dua produk berikut adalah Mi Ionic Hair Dryer H300 dan Mi 360º Home Security Camera 2K

Pengering Rambut Mi Ionic H300

Pengering Rambut Mi Ionic H300 adalah pengering rambut kecil dan ringan yang senang digunakan ketika di dalam perjalanan. Ia dilengkapi kelajuan udara dengan kekuatan 20m/s untuk pengeringan lebih cepat dan 7-sayap bilah udara.

Pengering Rambut Mi Ionic H300 menawarkan perlindungan anion (50 juta anion) untuk melindungi kutikula rambut dan meneutralkan rambut statik, dan dilengkapi dengan teknologi kawalan suhu 57ºC.

Pengering Rambut Mi Ionic H300  akan ditawarkan pada harga RM129 dan akan tersedia di kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee ,Mi Stores dan kedai-kedai rasmi lain di Malaysia.

Kamera Keselamatan Rumah 360º Mi 2K