Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 40E 5G dengan Kirin 990E kini rasmi dengan harga dari RM 2,916

Huawei Mate 40E 5G dengan Kirin 990E kini rasmi dengan harga dari RM 2,916 7
Huawei secara rasminya telah memperkenalkan model kelima didalam siri Huawei Mate 40 iaitu Huawei Mate 40E 5G.

Huawei Mate 40E 5G hadir dengan skrin paparan curved OLED 90Hz berukuran 6.5-inci dengan resolusi FHD+ dan ianya juga menempatkan sensor capjari dibawah skrin selain kamera selfie punch-hole 13MP.

Dibahagian dalam, Huawei Mate 40E 5G menampilkan pengunaan cipset Kirin 990E yang dipadankan dengan 8GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Huawei Mate 40E 5G dengan Kirin 990E kini rasmi dengan harga dari RM 2,916 8

Beralih kepada kamera, Huawei Mate 40E 5G menampilkan 3 unit kamera iaitu satu sensor utama 64MP, sensor telefoto 8MP yang menawarkan pengzooman optikal 3x, sensor ultrawide 16MP yang juga memberikan anda kebolehan mengambil gambar makro pada jarak sedekat 2.5cm.

Bulatan keempat didalam bentuk bulatan modul kamera Huawei Mate 40E 5G ini pula menempatkan pemfokusan laser dan terdapat juga penjenamaan LEICA yang sudah sinonim dengan telefon pintar flagship Huawei.

Beralih kepada bateri, Huawei Mate 40E 5G memiliki bateri berkapasiti 4,200mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W, pengecasan tanpa wayar 40W dan reverse wireless charging.

Huawei Mate 40E 5G juga mempunyai pensijilan kalis air IP53, sokongan 5G, bicu audio 3.5mm, NFC, Wi-Fi 6+, GPS dual band, pembesar suara stereo dan banyak lagi.

Huawei Mate 40E 5G akan ditawarkan di China dengan harga penjualan seperti berikut :

Huawei Mate 40E 5G 8/128GB – CNY 4,599 (RM 2,916)

Huawei Mate 40E 5G 8/256GB – CNY 5,099 (RM 3,233)

Huawei Mate 40E 5G dengan Kirin 990E kini rasmi dengan harga dari RM 2,916 9

Selain itu, bersama-sama Huawei Mate 40E 5G, Huawei juga telah mengumumkan penawaran Huawei Mate 40 RS Porsche Design versi 8/256GB pada harga CNY 10,999 (RM 6,974).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.