Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri OnePlus 9 bakal tiba dengan teknologi astrofotografi


OnePlus telah memuatnaik satu teaser mengenai telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu Siri OnePlus 9.

Satu poster dengan gambar dengan kata-kata ‘Something new on the horizon’ telah dimuatnaik oleh Pete Lau yang memberikan petunjuk bahawa siri OnePlus 9 akan mempunyai kebolehan mengambil gambar bulan ‘moonshot’.

Siri OnePlus 9 dijangka akan terdiri daripada tiga model iaitu OnePlus 9 Pro, OnePlus 9 dan OnePlus 9E.

Selain itu, tarikh 8 Mac yang dinyatakan oleh OnePlus ini mungkin merujuk kepada tarikh syarikat ini mengesahkan bila pelancaran rasmi Siei OnePlus 9 akan berlangsung.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.