Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

KUO : Apple iPhone 2022 akan hadir dengan kamera selfie punch-hole

@forbes

Laporan baru dari penganalisis terkemuka Apple iaitu Ming-Chi Kuo dari TF International Securities memetik sumber pembekal komponen Apple mengenai dua perubahan pada barisan Apple iPhone 2022.

Kuo menjangkakan bahawa model pengganti kepada iPhone Pro akan tampil dengan kamera punch-hole pada skrin paparannya.

Selain itu,Kuo juga percaya percaya bahawa pada tahun 2022, Apple akan mengeluarkan iPhone SE yang dikemas kini dengan chipset dan sokongan 5G .

iPhone SE baru ini dipercayai akan mengekalkan reka bentuk iPhone 6 4.7 inci dengan sokongan Touch ID.

iPhone kelas entry-level Apple dengan sokongan 5G dijangka akan dapat meningkatkan penjualan peranti 5G.

Selain itu, mode iPhone bagi tahun 2021 dijangka akan menampilkan reka bentuk yang sama seperti model 2020 kerana model ā€˜Sā€™ secara tradisinya akan memfokuskan kepada peningkatan prestasi dalaman dan kamera sahaja.

Pelancaran Apple iPhone 2021 dijangka akan berlangsung pada September tahun ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.