Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Carbon 1 MK II – telefon pintar pertama didunia dengan pengunaan gentian karbon


Walaupun gentian karbon adalah bahan komponen yang sangat berguna, ianya tidak digunakan pada telefon pintar kerana cirinya yang menghalang gelombang radio.

Walaubagaimanapun, pasukan di Carbon Mobile yang berpangkalan di Jerman telah berjaya menyelesaikan masalah ini iaitu selepas bertahun-tahun mencari jalan untuk menjadikan telefon pintar dengan gentian karbon satu realiti.

Hasilnya, Carbon 1 MK II merupakan telefon pintar pertama didunia dengan monokok gentian karbon.

Struktur monokok bermaksud permukaan luaran memberikan integriti struktur tanpa sebarang sokongan pada bahagian dalam.

Ini menjadikan Carbon 1 MK II sangat ringan iaitu hanya 125 gram dengan ketebalan 6.3mm.

Kuncinya adalah teknologi milik HyRECM – Hybrid Radio Enabled Composite Material  – yang dibangunkan selama empat tahun. Ia menggabungkan gentian karbon berkualiti tinggi  dari Jerman dengan bahan komposit yang membolehkan gelombang radio melaluinya.

Memandangkan reka bentuk monokok ini tidak mempunyai bingkai dalaman, semua komponen telefon pintar ini dilekapkan pada gentian karbon dan kurang daripada 5% keseluruhan telefon pintar ini adalah plastik.

Beralih kepada spesfikasi, Carbon 1 MK II hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.0-inci (1,080 x 2,160) dan ianya juga dilapisi oleh panel gelas Corning Gorilla Glass Victus yang ternipis iaitu hanya 0.4mm.

Selain itu, Carbon 1 MK II akan hadir dengan cipset MediaTek Helio P90, 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1. Telefon pintar ini akan dilancarkan dengan Android 10 namun kemaskini Android 11 akan tiba pada suku kedua 2021.

Carbon 1 MK II juga mempunyai dua sensor kamera 16MP (S5K3P9 manakala kamera selfie adalah 20MP (S5K3T2).


Carbon 1 MK II juga menawarkan sokongan dwi-SIM 4G, bateri 3,000mAh, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.0 dengan aptX HD, NFC, GPS/GLONASS/Galileo, satu slot USB-C 3.1 dan sensor capjari dibahagian sisi.

Carbon 1 MK II kini ditawarkan untuk pra-tempahan melalui laman sesawang Carbon Mobile pada harga €799 (RM 3,906).

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.