Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate X2 kini rasmi dengan dua skrin OLED 90Hz dan Kirin 9000 pada harga sekitar RM 11,250


Huawei secara rasminya telah melancarkan generasi telefon pintar dengan skrin lipat terbaru mereka iaitu Mate X2 dan ianya menampilkan lipatan skrin kedalam.

Selain itu, Huawei Mate X2 juga menjadi telefon pintar foldable pertama untuk hadir dengan lensa periskop dipasaran.

Huawei Mate X2 hadir dengan dua skrin paparan OLED iaitu skrin berukuran 8-inci pada bahagian dalam yang mempunyai kadar nisbah 8:7.1 dengan nisbah 2480 x 2200 manakala skrin dibahagian luar adalah panel 6.45-inci dengan nisbah 21:9.

Skrin paparan OLED pada Mate X2 ini adalah yang menyokong kadar segar semula 90Hz namun panel bahagian dalaman juga menyokong DCI-P3 namun kadar pensampelan skrin pada bahagian luar adalah lebih tinggi iaitu 240Hz berbanding 180Hz pada skrin dalam.

Selain itu, skrin dalaman Huawei Mate X2 juga menampilkan lapisan yang dikenali sebagai “magnetically-controlled nano optical layer” yang mengurangkan kadar pantulan dan silau ke bawah 1.5%.

Dalam pada itu, reka bentuk engles unik pada Huawei Mate X2 ini juga membolehkan telefon pintar dilipat tanpa sebarang ruang dan Huawei menggunakan panel cecair logam dan karbon fiber berasaskan zirkonium yang membantu mengurangkan berat peranti ini (berat Huawei Mate X2 adalah 295gram).

Beralih kepada modul kamera pula, Huawei Mate X2 menampilkan tetapan quad-kamera iaitu sensor utama 50MP RYYB dengan aperture f/1.9, OIS dan rakaman video 4K.

Sensor kedua yang kami ingin perkatakan adalah sensor persikop RYYB 8MP yang menawarkan 20x zoom hibrid dan sehingga 100x zoom digital. Terdapat juga satu sensor zoom 12MP yang menawarkan pengzooman optik 3x.

Sensor keempat yang ada pada Mate X2 adalah sensor ultrawide 16MP yang juga berfungsi sebagai sensor makro dengan jarak penggambaran sejauh 2.5cm sahaja.

Huawei Mate X2 juga mempunyai sensor capjari pada bahagian sisi


Akhir sekali, sensor selfie yang ada pada Huawei Mate X2 adalah pada sensor luaran sahaja yang bermaksud skrin dalam tidak mempunyai sebarang takukan atau tebukan punch-hole namun ini bermaksud skrin utama tidak dapat digunakan untuk panggilan video.


Beralih ke bahagian dalaman, Huawei Mate X2 akan hadir dengan cipset Kirin 9000 yang juga disertakan dengan Mali-G78 MP24 GPU dan antaramuka EMUI 11.0 yang berasaskan Android 10.

Kapasiti RAM yang dimiliki Huawei Mate X2 ini adalah 8GB RAM dan anda diberikan dua pilihan storan dalaman iaitu 256GB atau 512GB.

Huawei Mate X2 juga mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh yang menampilkan sokongan Huawei SuperCharge 55W.

Huawei Mate X2 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu White, Black, Crystal Blue dan Crystal Pink dengan harga penjualan (di China) seperti berikut :

Huawei Mate X2 8/256GB – CNY 17,999

Huawei Mate X2 8/512GB – CNY 18,999

Buat masa ini masih belum ada maklumat penjualan antarabangsa bagi Huawei Mate X2.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.