Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo S9 akan dilancarkan pada 3 Mac ini – telefon pintar pertama dengan cip Dimensity 1100

Vivo S9 akan dilancarkan pada 3 Mac ini - telefon pintar pertama dengan cip Dimensity 1100 3
Vivo S9 telah disahkan akan menjadi telefon pertama dengan cipset MediaTek Dimensity 1100 yang sebelum ini dikatakan akan dilancarkan secara rasmi pada 6 Mac 2021.

Walaubagaimanapun, Vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru didalam siri Vivo S ini akan dilancarkan pada 3 Mac.

Selain itu, Vivo S9 juga dikatakan akan menampilan 3 kamera dan penyenaraian di TENNA juga memberikan kita pengesahan bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan antaramuka OriginOS dengan Android 11 dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, Vivo S9e juga akan dilancarkan bersama-sama Vivo S9 sebagai pilihan yang lebib berpatutan dan akan mengekalkan pengunaan skrin paparan OLED namun dengan cipset MediaTek Dimensity 820 kedua-dua telefon pintar ini juga akan menawarkan sokongan pengecasan pantas 33W.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.