Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung sahkan setiap peranti yang dikeluarkan sejak 2019 akan menerima kemaskini keselamatan untuk tempoh sekurang-kurangnya 4 tahun


Samsung telah mengambil langkah drastik didalam memastikan keselamatan data pengguna dengan menawarkan kemaksini keselamatan jangka masa panjang bagi semua telefon pintar Samsung sekurang-kurangnya untuk tempoh 4 tahun.

Kesemua telefon pintar Samsung Galaxy dari siri Z, S, Note, A, M, XCover dan Tab yang dilancarkan dari tahun 2019 dan ke atas akan menerima kemaskini keselamatan untuk tempoh tidak kurang dari 4 tahun.

Walaubagaimanapun, ini adalah kemaksini keselamatan dan bukan kemaskini sistem operasi yang mana Samsung telah menyatakan komitmen untuk menawarkan 3 generasi kemaskini OS kepada telefon pintar flagship mereka.

Kemaskini keselamatan kepada peranti mungkin ditawarkan secara bulanan ataupun setiap 3 bulan dan ianya juga bergantung kepada peranti, pasaran dan syarikat telekomunikasi.

Berikut adalah senarai telefon pintar Samsung yang telah disahkan akan menerima kemaskini keselamatan :

  • Siri Galaxy Foldable: Fold, Fold 5G, Z Fold2, Z Fold2 5G, Z Flip, Z Flip 5G
  • Siri Galaxy S : S10, S10+, S10e, S10 5G, S10 Lite, S20, S20 5G, S20+, S20+ 5G, S20 Ultra, S20 Ultra 5G, S20 FE, S20 FE 5G, S21 5G, S21+ 5G, S21 Ultra 5G
  • Siri Galaxy Note : Note10, Note10 5G, Note10+, Note10+ 5G, Note10 Lite, Note20, Note20 5G, Note20 Ultra, Note20 Ultra 5G
  • Siri Galaxy A : Galaxy A ,A10, A10e, A10s, A20, A20s, A30, A30s, A40, A50, A50s, A60, A70, A70s, A80, A90 5G, A11, A21, A21s, A31, A41, A51, A51 5G, A71, A71 5G, A02s, A12, A32 5G, A42 5G
  • Siri Galaxy M : M10s, M20, M30, M30s, M40, M11, M12, M21, M31, M31s, M51
  • Siri Galaxy XCover : XCover4s, XCover FieldPro, XCover Pro
  • Siri Galaxy Tab : Tab Active Pro, Tab Active3, Tab A 8 (2019), Tab A dengan S Pen, Tab A 8.4 (2020), Tab A7, Tab S5e, Tab S6, Tab S6 5G, Tab S6 Lite, Tab S7, Tab S7+

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.