Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nubia Red Magic 6 akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Mac ini


Pengeluar telefon pintar China, Nubia telah hangat memperkatakan mengenai Nubia Red Magic 6 dan baru-baru ini, Naib Presiden syarikat ini iaitu Ni Fei telah mengesahkan bahawa telefon pintar ini akan dilancarkan di China pada 4 Mac ini.

Dalam perkongsian di Weibo,  Ni Fei berkata Nubia Red Magic 6 akan tampil dengan 4 teknologi dan ianya turut dipaparkan pada poster yang dimuat naik.

4 teknologi tersebut adalah skrin paparan HRR, pengecasan pantas, tindak balas sentuhan skrin yang lebih pantas dan kipas penyejuk untuk prestasi yang konsisten.

Nubia sebelum ini telah mengesahkan bahawa Nubia Red Magic 6 Pro akan hadir dengan sokongan pengecasan pantas 120W dan bateri 4,500mAh manakala Red Magic 6 akan menawarkan pengecasan pantas 66W.

Apa pun segala persoalan mengenai Red Magic 6 akan terjawab didalam masa kurang dari 2 minggu sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.