Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Foldable Huawei Mate X2 akan dilancarkan pada 22 Februari ini

Telefon Pintar Foldable Huawei Mate X2 akan dilancarkan pada 22 Februari ini 1

Telefon Pintar Foldable Huawei Mate X2 akan dilancarkan pada 22 Februari ini 2
Huawei secara rasminya telah mengesahkan bahawa generasi baru telefon pintar foldable akan dilancarkan pada 22 Februari ini.

Pengganti Huawei Mate XS ini akan dikenali sebagai Huawei Mate X2 akan hadir dengan lipatan skrin ke bahagian dalam dengan ukuran skrin foldable adalah 8.01-inci dan resolusi 2480×2222 piksel.

Selain itu, Huawei Mate X2 juga akan memiliki skrin luar berukuran 6.45-inci dengan resolusi 90Hz.

Lebih-lebih lagi, Huawei Mate X2 juga akan dikuasakan dengan cipset Kirin 9000 5G yang sama seperti pada siri Huawei Mate 40, EMUI 11 yang berasaskan Android 10 dan bateri 4,400mAh dengan pengecasan pantas Huawei SuperCharge 66W.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.