Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Permainan Video Island King merupakan permainan No.1 di Google Play Store dan Apple App Store hanya seminggu selepas pelancaran


Island King menjadi popular di Malaysia dalam satu minggu dan berada di carta kategori permainan TOP 1 dalam Apple App Store serta Google Play Store.

Terdapat banyak orang telah menjadi pemain dan pemilik pulau dalam permainan ini. Sekiranya anda tertanya-tanya mengapa permainan ini popular di sosial media anda, anda boleh melihat beberapa petua berikut untuk memahami mengapa rakan anda dan YouTuber yang terpikat dengan permainan ini!

Permainan yang baik harus dikongsi dengan rakan baik, dan masa yang berharga harus diluangkan untuk rakan baik.

Island King membolehkan anda berinteraksi dengan rakan Facebook melalui permainan pada masa lapang. Walaupun anda dan rakan anda berada di kawasan yang berbeza, anda dan rakan anda boleh menyerang pulau dan saling mencuri koin!

Selain mencuri koin, anda juga dapat menukar kad dan harta karun yang diperlukan dalam pelombong koin dengan rakan anda untuk merancang manfaat terbaik untuk kedua-dua pihak! Anda juga dapat membina puak dengan rakan anda, saling membantu untuk mendapat keputusan yang baik dalam papan kedudukan bagi kategori sumbangan serta kekuatan!

Sertailah kumpulan Facebook untuk berkawan dan membantu anda mengumpulkan set kad

Semasa mengumpulkan kad, kadang kala anda akan menghadapi situasi kekurangan satu atau dua kad untuk mengumpulkan satu set. Jika anda menghadapi masalah ini, anda boleh cuba menyertai kumpulan Facebook Island King untuk menyelesainya. Anda boleh memohon untuk menyertai kumpulan ini melalui aplikasi permainan.

Dalam kumpulan Facebook, anda boleh mencari kawan yang mempunyai minat yang serupa dalam permainan, dan hadiahkan atau tukarkan kad ekstra dalam tangan anda. Dengan cara ini, anda boleh membantu antara satu sama lain untuk mengumpulkan set kad serta mencapai situasi menang-menang.

Selain itu, anda juga boleh menukar harta karun dalam pelombong koin. Setelah anda berjaya mengumpulkan semua harta karun, anda akan mendapat lebih banyak ganjaran dalam permainan ini!

Terdapat beberapa jenis haiwan peliharaan di Island King. Setiap haiwan peliharaan merupakan teman untuk menemani anda dalam pengembaraan anda.

Haiwan peliharaan pertama yang anda miliki ialah Detektif Octopus yang membantu anda untuk jumpa CashKing dan mencuri koin mereka.

Anda juga boleh bawa Ikan kaya untuk menemani anda dalam sepanjang perjalanan anda. Seperti namanya, anda boleh memperoleh lebih banyak harta kerana ia akan membantu anda mencuri lebih banyak koin.

Di samping itu, terdapat beberapa jenis haiwan peliharaan seperti Belut Elektrik, Jin Salji, Jerung Ganas, Penyu Pertahanan dan Belimbing. Haiwan peliharaan dalam permainan ini mempunyai kebolehan khas masing-masing, dan mereka juga mempunyai kaedah yang unik untuk dibuka serta menjadi teman anda.

Anda boleh mengetahui caranya dalam perjalanan anda!

Island King akan menggantikan permainan mini dari semasa ke semasa seperti pelombong koin yang membolehkan anda menggunakan cangkul, bom dan roket kecil untuk mendapat koin atau peluang untuk putar putaran roda ajaib.

Dalam bulan Januari 2021, Karnival 2021 juga diadakan dalam permainan ini untuk meraikan tahun baru dengan anda.

Selain itu, permainan mini tetap dalam permainan ini termasuk memusnahkan bos dan menghancurkan telur emas.

Anda boleh menggunakan torpedo untuk meletupkan bos sotong serta mendapat ganjaran. Permainan mini menghancurkan telur emas membolehkan anda memilih ganjaran misteri di antara empat telur emas.

Sekiranya anda memilih badut, anda perlu menonton iklan atau menebus ganjaran dengan menggunakan berlian.

Dalam permainan ini, terdapat mekanisme yang membolehkan pemain menebus wang tunai melalui aktiviti dalam Island King. Terdapat dua cara untuk mendapatkan koin yang dapat ditukarkan dengan wang tunai, iaitu menonton iklan ganjaran dan menjemput rakan Facebook anda untuk bermain permainan ini.

Sekiranya anda telah mengumpulkan koin yang mencukupi, anda boleh menukarkan koin dalam permainan menjadi ringgit.

Apabila anda menjemput rakan, anda dapat menambah koin yang anda miliki dan mempunyai wang saku secara percuma.

Semasa rakan anda bermain permainan ini, anda dapat menikmati lebih banyak peluang untuk memutar putaran roda ajaib dan berlian untuk menebus hadiah dalam permainan hancur telur emas.

Muat turun sekarang dan mulakan pengembaraan anda!

Anda boleh memuat turun Island King melalui Google Play Store dan Apple App Store.

Sekiranya anda belum mengikuti halaman rasmi Facebook Island King, ikuti nya hari ini!

Halaman rasmi Facebook ini juga akan memberikan pautan hadiah untuk anda kumpulkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.