Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Car akan dilancarkan pada tahun 2024 dengan sistem pemanduan automatik sepenuhnya

Apple Car akan dilancarkan pada tahun 2024 dengan sistem pemanduan automatik sepenuhnya 3
Laporan terbaru mengenai pengeluaran kereta elektrik oleh Apple memberikan bayangan bahawa syarikat Cupertino ini telah memeterai perjanjian dengan syarikat pengeluar kereta Korea iaitu Kia.

Kereta elektrik pertama Apple akan dikilangkan di Amerika Syarikat dan pengeluaran dijangka akan bermula pada tahun 2024.

Walaubagaimanapun, laporan ini juga mendakwa bahawa kereta elektrik Apple ini tidak akan dibuka untuk jualan kepada orang awam dan hanya dijual kepada syarikat korporat.

Selain itu, Apple Car ini juga akan hadir dengan sistem pemanduan automatik sepenuhnya dan Apple juga telah mengambil alih Drive.ai pada tahun 2019 untuk tujuan ini.

Dalam pada itu, laporan di Korea Selatan juga mendakwa bahawa Kia dan Apple telah menandatangani perjanjian bernilai $3.5 bilion bagi pembinaan kilang Kia di Georgia, AS.

Ini membolehkan Kia mengeluarkan 100,000 unit Apple Car setahun apabila pengeluaran bermula pada 2024 dengan kapasiti pengeluaran boleh ditingkatkan kepada 400,000 unit setahun.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.