Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Carta AnTuTu bagi Januari 2021 menyaksikan iQOO 7 diberikan gelaran telefon pintar terpantas

Xiaomi Mi 11, telefon pintar pertama dipasaran dengan Snapdragon 888 telah menyandang gelaran telefon pintar terpantas di carta AnTuTu bagi bulan Disember iaitu dengan mengambil alih kedudukan yang dipegang oleh HUAWEI Mate 40 Pro.

Walaubagaimanapun, carta AnTuTu bagi bulan Januari telah menyaksikan Xiaomi Mi 11 digantikan oleh satu lagi telefon pintar dengan cipset Snapdragon 888 iaiti iQOO 7.

iQOO 7 adalah sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada prestasi dan ianya telah menerima 728,784 mata jauh mengatasi Mi 11 yang menerima 705,593 dan Mate 40 Pro+ yang menerima 702,553 mata.

Kesemua model didalam senarai tiga terbaik AnTuTu ini adalah model yang mempunyai 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Mata AnTuTu yang dikira ini adalah berdasarkan mata purata yang diterima oleh beberapa model telefon pintar tersebut.

Walaubagaimanapun, pada bulan Februari kita mungkin menyaksikan lebih banyak perubahan pada carta AnTuTu kerana lebih banyak telefon pintar akan mula memasuki pasaran.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.