Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Watch akan mula ditawarkan 20 Januari ini – RM 469 sahaja

Xiaomi secara rasminya mengumumkan bahawa jam pintar Mi Watch akan mula ditawarkan di Malaysia dari 20 Januari ini dengan harga penjualan RM 469 sahaja.

Pelancaran Mi Watch ke pasaran Malaysia pada mulanya telah dikatakan akan berlangsung pada bulan Disember 2020 namun ianya dilihat terpaksa ditunda sehingga Januari tahun ini.

Mi Watch telah dilancarkan bersama-sama siri Xiaomi Mi 10T beberapa bulan lalu dan ianya adalah jam pintar pertama Xiaomi dipasaran antarabangsa.

Xiaomi Mi Watch hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.39-inci (450nits), 6 warna tali jam yang diperbuat dari bahan TPU dengan berat 32gram, 16 hari jangka hayat bateri yang mana pengecasan penuh boleh dilakukan didalam masa 2 jam sahaja.

Selain itu, Mi Watch juga merupakan peranti kalis air 5ATM, menawarkan 100 mod kecergasan + 17 mod kecergasan profesional, GPS terbina, Kompas geomagnetik, Tekanan udara dan ketinggian.

Mi Watch juga mempunyai fungsi sebagai alat kawalan kamera, menyokong emoji peranti, bacaan SpO2 dan sleep tracking.

Anda boleh mendapatkan Mi Watch di Lazada, Shopee  dan Mi Stor di seluruh negara.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.