Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X7 Pro 5G akan tiba di Malaysia 26 Januari ini – Skrin AMOLED 120Hz, Dimensity 1000+ dan 65W SuperDart Charge

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme X7 Pro 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 26 Januari ini.

realme X7 Pro 5G sebelum ini telah diperkenalkan di pasaran China dan Malaysia adalah antara pasaran antarabangsa terawal untuk menerima telefon pintar ini.

realme X7 Pro 5G dijangka akan tampil dengan skrin paparan Super AMOLED 120Hz berukuran 6.55-inci, pemproses MediaTek Dimensity 1000+ dan teknologi pengecasan 65W.

Untuk mengetahui segala maklumat rasmi mengenai realme X7 Pro 5G, anda boleh menyaksikan majlis pelancaran telefon pintar terbaru realme ini di Facebook realme Malaysia pada 26 Januari jam 12 tengahari.

Selain realme X7 Pro 5G, bulan ini juga akan menyaksikan realme memperkenalkan realme Watch S Pro pada 21 Januari ini

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.