Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor dilaporkan sedang membangunkan siri telefon pintar baharu dengan Google Mobile Services

Honor dilaporkan sedang membangunkan siri telefon pintar baharu dengan Google Mobile Services 3
HUAWEI telah menjadi satu senjata yang digunakan oleh Amerika Syarikat didalam perang perdagangan antara China dan Honor juga telah terkesan sehingga menyebabkan Huawei memgambil keputusan untuk menjual syarikat ini.

Keputusan ini membolehkan Honor kini beroperasi sebagai satu entiti berasingan yang juga membolehkanya berdagang semula dengan syarikat AS termasuk Google.

Menurut akhbar terkemuka Rusia iaitu Kommesant, Honor dilaporkan sedang mebangunkan satu siri telefon pintar yang boleh beroperasi dengan Google Mobile Services.

Maklumat dalaman juga mendedahkan bahawa telefon pintar semasa Honor akan mempunyai akses kepada Huawei AppGallery namun model yang akan datang tidak lagi menawarkan akses kepada HMS.

Walaubagaimanapun, Siri Honor V40 yang dibangunkan ketika Honor masih dimiliki Huawei  dijangka tidak akan menawarkan GMS dan hadir dengan MagicUI dengan akses kepada sistem HMS.

Telefon pintar pertama Honor dengan Google dijangka akan menyusul selepas itu iaitu dengan pelancaran Honor X11 dan Honor 40.

Sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.