Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

350,000 unit Xiaomi Mi 11 berjaya dijual dalam masa 5 minit


Penghujung bulan lalu ( atau tahun lalu) , Xiaomi telah memperkenalkan Mi 11 yang merupakan telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan cipset flagship Snapdragon 888 dan penjualan telefon pintar ini telah pun bermula di China.

Berdasarkan prestasi jualan pertama Mi 11, ianya boleh dikatakan telah mendapat sambutan yang sangat baik.

Xiaomi telah mengesahkan bahawa syarikat ini telah berjaya menjual 350,000 unit Mi 11 didalam masa 5 minit selepas penjualan bermula.

Ini bermaksud jumlah pendapatan yang diperoleh Xiaomi pada penjualan pertama Mi 11 adalah sekitar CNY 1.5 bilion ( sekitar RM 923 juta).

Dengan sambutan yang sangat luar biasa, peminat Xiaomi sudah pasti berharap telefon pintar ini akan ke pasaran Global dalam kadar segera.

Untuk mengetahui spesifikasi penuh Mi 11, baca laporan pelancaran Xiaomi Mi 11.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.