Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 11 kini rasmi dengan skrin QHD 120Hz dan Snapdragon 888 – pengecasan 55W GaN diberi percuma

Xiaomi mi 11

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan Xiaomi Mi 11 yang merupakan telefon pintar flagship 2021 syarikat ini dan juga telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 888.

Xiaomi Mi 11 tampil dengan skrin paparan QHD+ AMOLED berukuran 6.81-inci yang menawarkan kepadatan piksel 515ppi dan ianya adalah panel yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan turut dilapisi gelas keselamatan Corning Glass Victus.

Ianya adalah panel hole-punch display yang menempatkan kamera selfie 20MP dan juga sensor capjari terbina dalam skrin.

Selain pengunaan cipset Snapdragon 888, Xiaomi  Mi 11 juga disertakan dengan dua pilihan RAM jenis LPDDR5 iaitu 8GB atau 12GB manakala storan adalah sehingga 256GB (jenis UFS 3.1).

Beralih kepada bahagian kamera, Xiaomi Mi 11 menempatkan kamera utama 108MP yang dipadankan bersama sensor ultrawide 13MP dan sensor makro 5MP. Sensor kamera ini juga membawakan sokongan rakaman video 8K HDR10+

Dalam pada itu, kontroversi terbesar sebelum pelancaran Xiaomi Mi 11 adalah mengenai penawaran adapter pengecasan bersama pembelian peranti.

Menjawab hal itu, anda pasti menarik nafas lega kerana Xiaomi telah mengumumkan akan menawarkan dua edisi iaitu Standard Edition yang hadir tanpa kabel dan adapter pengecasan manakala Package Edition pula hadir dengan kabel dan adapter pengecasan 55W GaN tanpa sebarang kos tambahan.

Bateri berkapasiti 4,600mAh yang disertakan pada Mi 11 ini juga menyokong pengecasan tanpa wayar 50W dan pengecasan berbalik 10W.

Selain itu, Xiaomi Mi 11 juga hadir dengan sokongan Hi-Res Audio Harmon Kardon, EMUI 12.5, 5G dan WiFi-6E.

Xiaomi Mi 11 akan ditawarkan 5 pilihan warna iaitu Rock Black, Milk White, Blue manakala Smoke Purple dan Khaki adalah panel yang diperbuat dari kulit.

Harga penjualan Xiaomi Mi 11 adalah seperti berikut :

Xiaomi Mi 11 8GB/128GB – CNY 3,999 (RM 2,477)

Xiaomi Mi 11 8GB/256GB – CNY 4,299 (RM 2,663)

Xiaomi Mi 11 12GB/256GB – CNY 4,699 (RM 2,911)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.