Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Smart TV dinobatkan TV paling banyak terjual dalam masa 24 jam di Shopee


realme Malaysia telah menutup tirai tahun 2020 dengan memecahkan beberapa rekod jualan pertama produk terbaru syarikat ini.

realme Smart TV yang dilancarkan baru-baru ini telah diiktiraf sebagai televisyen paling laris di Shopee didalam masa sehari.

realme Smart TV hadir didalam dua saiz iaitu 32-inci yang ditawarkan pada harga RM 899 dan saiz 43-inci yang ditawarkan pada harga RM 1,499.

Jika anda tidak berjaya mendapatkanya di Shopee, anda kini boleh membeli realme Smart TV melalui realme Brand Store.

Selain itu, realme X3 SuperZoom juga telah menerima satu lagi anugerah di platform Shopee dengan telefon pintar ini dinobatkan sebagai varian 12GB+256GB paling laris dari 1 Januari sehingga 25 Disember 2020.

Lebih-lebih lagi, realme X3 SuperZoom juga merupakan peranti Snapdragon 855+ paling banyak terjual ketika jualan Lazada Double 12.

Memandangkan ke hadapan, tahun 2021 dijangka akan lebih menarik bagi realme dan kami tidak sabar untuk menyaksikan pelancaran produk pertama realme tahun ini.

Selamat Tahun Baru 2021

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.