Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Smart TV – Televisyen Pintar Android Yang Mempunyai Teknologi Gambar Chroma Boost Dengan Harga Jualan Serendah RM 699 Sahaja Pada 22 Disember 2020

realme Smart TV – Televisyen Pintar Android Yang Mempunyai Teknologi Gambar Chroma Boost Dengan Harga Jualan Serendah RM 699 Sahaja Pada 22 Disember 2020

  realme baru-baru ini telah mengumumkan bahawa televisyen pintar realme Smart TV akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan harga penjualan serendah dari RM 899 sahaja. Kemasukan realme ke pasaran televisyen yang sengit adalah susulan daripada kejayaan syarikat ini di dalam pasaran telefon pintar dan produk AIoT.

realme Smart TV akan ditawarkan dalam dua saiz iaitu 32-inci dan 43-inci namun kedua-dua televisyen ini berkongsi semua spesifikasi dalaman. Berikut adalah sebab kenapa realme Smart TV adalah sesuatu yang patut ada di ruang tamu anda.

Rekaan Premium Dengan Bezel Minima 

realme Smart TV tampil dengan reka bentuk bezel yang nipis iaitu pada kadar 8.7mm sahaja.Ini membolehkan anda menikmati pengalaman sinematik yang lebih imersif di ruang tamu anda.

Sebagai perbandingan, kebanyakan televisyen di pasaran masih mempunyai bezel keliling skrin yang tebal dan mengganggu pengalaman tontonan anda.

Android TV

realme Smart TV merupakan televisyen yang mempunyai pensijilan Android  dan ianya hadir dengan sistem operasi Android TV (Android 9.0) yang bermaksud pengguna ditawarkan satu ekosistem hiburan yang mudah dan komprehensif. 

Selain itu, realme Smart TV juga tampil dengan platform penstriman popular seperti Netflix, YouTube, Prime Video dan Live Channel.

Jika itu tidak mencukupi, anda juga boleh mengakses pelbagai kandungan pihak ketiga di YouTube atau dengan memuat turun aplikasi yang tersedia di Google Play Store.

Dalam pada itu, TV daripada realme ini juga hadir dengan Chromecast terbina yang membolehkan anda memainkan kandungan pada telefon pintar pada TV dengan lebih mudah.

Teknologi Chroma Boost 

Kepakaran realme di dalam segmen telefon pintar turut digunakan pada realme Smart TV. Teknologi yang kami maksudkan adalah Chroma Boost digunakan pada hampir 20 juta pengguna telefon pintar realme dan ini memberikan pengalaman yang meluas di dalam penajaan gambar.

Apa yang menarik, teknologi Chroma Boost diterapkan di realme Smart TV bagi meningkatkan kualiti gambar secara keseluruhan dan meningkatkan kecerahan, warna, kontras dan kejelasan bagi memberikan pengguna satu pengalaman visual yang menakjubkan.

Selain itu, realme Smart TV ini juga mempunyai sudut visual hingga 178 ° yang memastikan anda dapat melihat kandungan TV dengan jelas, sesuai untuk banyak orang menonton tv bersama dalam keluarga anda.

Bagi memberikan anda satu pengalaman yang luar biasa pada setiap tontonan, realme Smart TV  juga dilengkapi 7 mod paparan iaitu Standard, Vivid, Sport, Movie, Game, Energy Saving dan User.

24W Quad Stereo Speakers

realme TV hadir dengan dua set pembesar suara yang terletak di bahagian bawah TV. Setiap satu set ini terdiri daripada satu pembesar suara dan satu tweeter dan tahap kelantangan keseluruhan empat pembesar suara ini ialah 24W, yang jauh lebih hebat daripada TV lain dipasaran.

Bukan sahaja itu, penyedia audio pada realme Smart TV ini diperbuat daripada bahagian tepi getah ditambah dengan kon kertas komposit. Ianya juga direka bentuk struktur seperti cincin yang dapat mengembangkan frekuensi bass dan menonjolkan vokal semula jadi.

Tweeter pada speaker ini menggunakan filem sutera dan reka bentuk struktur pembesar suara piezoelektrik yang dapat mengembangkan kelebaran untuk mencapai tahap frekuensi tinggi sepenuhnya. 

Kedua-dua set ini diletakkan secara simetri untuk membawa pendengaran yang lebih seimbang. Lebih-lebih lagi, realme Smart TV dapat menghasilkan semula suara dengan tepat dari 148Hz hingga 20,000 Hz, hampir merangkumi semua frekuensi yang dapat didengar oleh manusia.

Dolby Audio

realme Smart TV juga menampilkan solusi Dolby Audio MS12B untuk membawakan anda pengalaman audio yang lebih menari dan vivid.

Dalam pada itu, speaker pada TV pintar realme ini juga mampu mengasing dan memainkan suara dalam saluran yang berbeza iaitu dari sisi yang berbeza (depan, sisi dan belakang) untuk menghasilkan kesan bunyi surround dan meningkatkan pengalaman tontonan .

Selain itu, telinga manusia juga amat sensitif terhadap perubahan bunyi dalam pertuturan suara manusia, jadi algoritma Dolby Audio dapat mengawal tahap kelantangan dengan lebih efektif dan mengelakkan lonjakan bunyi secara tiba-tiba.

Akhir sekali, Dolby Audio mampu mengenal pasti peranti dan kebolehan audio  sebelum melakukan penyelaran dinamik kepada output audio dari realme Smart TV

Sempena meraikan penjualan pertama realme Smart TV di Malaysia, realme akan menawarkan diskaun tambahan sebanyak RM 200 yang menjadikan harga realme Smart TV 32” adalah 

RM 699 (harga asal RM 899) manakala realme Smart TV 43” akan ditawarkan pada harga RM 1,299 (harga asal RM 1,499) sahaja.

Pembelian realme Smart TV boleh dibuat mulai 22 Disember ini secara eksklusif Shopee melalui pautan dibawah :

realme Smart TV 32-inci

realme Smart TV 43-inci 

Jangan lupa untuk mengikuti laman sosial realme Facebook Malaysia bagi informasi yang selanjutnya!

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.