Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 7 5G kini rasmi di Malaysia – Telefon pintar 5G mampu milik pada harga serendah RM1,299 sahaja

realme secara rasminya telah melancarkan realme 7 5G ke Malaysia dan ianya hadir sebagai telefon pintar 5G paling berpatutan.

realme 7 5G ke pasaran Malaysia yang membawakan teknologi 5G pada harga bajet dengan pengunaan cipset Dimensity 800U.

Cip Dimensity 800U 5G ini hadir dengan modem 5G terbina dan sokongan dwi-SIM 5G.

Selain itu, CPU cip pemprosesan keluaran MediaTek ini terdiri daripada dua teras Cortex A76 berkelajuan 2.4GHz bersama-sama 6 teras Cortex-A55 berkelajuan 2.0GHz selain GPU Mali-G57.

realme 7 5G ini hadir dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan terdapat juga sensor selfie 16MP manakala sensor capjari adalah pada butang kuasa di sisi.


realme 7 5G ini juga hadir dengan sensor utama 48Mp, sensor ultrawide 8MP, sensor monokrom dan makro pada resolusi 2MP

Selain itu, realme 7 juga hadir dengan realme UI berasaskan Android 10, pembesar suara Dolby Atmos dan bateri 5,000mAh turut disertakan pengecasan pantas 30W Dart Charge (0-100% dalam 65 minit).

realme 7 5G dijangka akan ditawarkan didalam kapasiti iaitu 8/128GB pada harga penjualan RM 1,299 sahaja.

Penjualan pertama realme 7 5G akan bermula pada 18 Disember ini di Lazada (tengah malam ini) dan anda akan turut menerima realme hipster pouch, realmeow badge dan waranti tambahan selama setahun.

Selain itu, realme 7 5G juga akan ditawarkan secara offline mulai 25 Disember dan anda akan menerima realme hipster pouch dan realmeow badge.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.