Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realmeow dilancarkan sebagai maskot rasmi realme yang berasal dari planet M58-2018828-S


realme secara rasminya telah memperkenalkan maskot rasmi mereka iaitu realmeow yang juga merupakan maskot pertama didalam sejarah syarikat ini.

Walaupun kebanyakkan syarikat tidak lagi menggunakan maskot, realme berpendapat bahawa realmeow boleh menjadi satu medium terbaik untuk meneroka trend baharu dan perkongsian informasi kepada pengguna.

realmeow telah direka oleh Mark A.Walsh, yang merupakan pengarah animasi terkemuka dan Perunding Kreatif bagi realme Design Studio.

Seperti pada namanya, realmeow adalah berasakan kucing dan ianya hadir didalam warna kuning ‘realme’ selain penggunaan kacamata laser.

Selain itu, realmeow juga diberikan sedikit informasi identiti iaitu berasal dari planet M58-2018828-S, berusia 18 tahun dan jantina adalah lelaki.

realmeow dijangka akan menjadi satu maskot popular dikalangan peminat realme dan syarikat ini turut merancang untuk melancarkan produk AIoT dan telefon pintar berasaskan maskot ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.