Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MatePad yang baru dengan skrin OLED 120Hz dan Kirin 9000 dijangka akan dilancarkan bersama siri Huawei P50


Walaupun pasaran tablet global didonimasi oleh Apple iPad, HUAWEI percaya bahawa tablet keluaran mereka masih mampu memberikan cabaran kepada syarikat Cupertino ini.

Menurut laporan terbaru, Huawei bakal melancarkan satu lagi varian tablet yang akan bersaing bersama-sama Apple iPad Pro dan Samsung Galaxy Tah S7+.

Sumber yang mendedahkan perkara ini mendakwa bahawa Huawei MatePad yang baru ini akan hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 12.9-inci dan dengan kadar segar semula 120Hz.

Selain itu, reka bentuk HUAWEI MatePad yang baru ini juga dikatakan sangat nipis dan tidak mempunyai sebarang lubang punch-hole seperti pada MatePad Pro.

Selain itu, Huawei MatePad ini juga akan hadir dengan cipset Kirin 9000 dan sistem operasi PadOS yang berasaskan HarmonyOS.

Huawei MatePad yang baru ini dijangka akan dilancarkan bersama-sama siri Huawei P50 pada bulan Februari atau Mac 2021.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.