Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad T 10s – Tablet Premium Serba Lengkap Pada Harga RM 999 Sahaja

Sebuah tablet mampu menjadi satu gadjet yang amat berguna memandangkan ianya mampu berfungsi sebagai peranti hiburan, alat untuk meneroka kreativiti anda atau sebagai teman pelayaran Internet ketika didalam perjalanan.

Tablet yang ideal semestinya adalah yang mampu menawarkan semua ciri ini dengan harga yang mampu diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Jika anda didalam pemburuan untuk memiliki satu tablet seperti ini, HUAWEI MatePad T 10s adalah yang terbaik untuk anda.

HUAWEI MatePad T 10s  menawarkan anda satu pakej tablet yang menyeluruh didalam skrin HD penuh berukuran 10.1-inci.

Bersedialah untuk pesta akustik dengan dua sistem pembesar suara amplitud tinggi yang diselaraskan oleh Harman Kardon yang untuk perincian audio yang asli dan imersif.

Selain itu, skrin paparan HUAWEI MatePad T 10S juga disertakan telah menerima pengesahan TÜV Rheinland Eye Comfort untuk mengurangkan cahaya biru yang berbahaya sekaligus menawarkan keselesaan mata yang lebih baik untuk kegunaan harian.

Lebih menarik, HUAWEI MatePad T 10S juga disertakan dengan mod bacaan eBook yang memberikan pengalaman setaraf seperti membaca buku.

HUAWEI MatePad T 10S kini ditawarkan didalam warna Deep Sea Blue dengan harga penjualan hanya RM 999.

Berikut adalah antara sebab kenapa anda harus memiliki HUAWEI MatePad T 10S ini.

Nikmati Hiburan Pada Tahap Yang Baharu

Kebanyakkan daripada pengguna lebih gemar menonton siri Netflix kegemaran kita di skrin yang lebih besar dengan bantal tambahan di tempat tidur untuk malam yang selesa atau ketika anda belajar gerakan tarian baru di YouTube untuk persembahan seterusnya.

Tidak kira bila dan bagaimana anda memilih untuk menikmati hiburan, anda memerlukan tablet inovatif yang dapat memberikan semua yang anda perlukan.

HUAWEI MatePad T 10s mampu memastikan anda dapat apa yang anda inginkan.

HUAWEI MatePad T 10s – pengalaman audio premium

HUAWEI MatePad T 10s dilengkapi dengan sistem pembesar suara berkembar amplitud tinggi untuk menyampaikan audio simetri dari kedua-dua belah speaker untuk anda menikmati kualiti audio yang sekata.

Audio HUAWEI MatePad T 10s juga telah diselaraskan oleh Harman Kardon untuk menghasilkan semula suara yang paling rumit dengan kejelasan yang sempurna sekaligus memberikan pengalaman audio sinematik seperti sebuah Home Theatre .

Tingkatkan Produktiviti

Adakah anda kadang kala rimas apabila perlu membuka dan menutup tab semasa anda melakukan rujukan pada pelbagai aplikasi berbeza?

Atau mungkin anda perlu menuliskan beberapa nota di tablet anda sambil melihat teks dari rakan sekerja anda.

Semua ini kini adalah satu kemungkinan dengan ciri Dual Windows yang memberikan anda fungsi multitasking yang sangat hebat.

Ciri ini membolehkan dua aplikasi dibuka secara serentak, dan yang terbaik ialah, aplikasi juga dapat berinteraksi antara satu sama lain untuk kecekapan multi-tugas maksimum.

Mesej teks juga dapat dibalas melalui Floating Window, yang membuat overlay di atas aplikasi aktif, yang memungkinkan pengguna melakukan tugas-tugas sederhana tanpa keluar dari tugas semasa anda.


Peranti Yang Lebih Pintar Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik

HUAWEI MatePad T 10s dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang membolehkan pengguna belajar dan berhibur pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Untuk memberikan pengalaman yang selesa, HUAWEI MatePad T 10s yang baru ini juga dilengkapi dengan mod skrin ‘Eye Comfort’ yang disahkan TUV Rheinland yang berfungsi untuk mengurangkan pelepasan cahaya biru pada paparan, dan juga mod eBook untuk mengelakkan keletihan mata jika anda membaca untuk jangka masa yang panjang pada tablet anda.

Apabila mod eBook diaktifkan, skrin tablet anda akan menjadi hitam dan putih untuk memudahkan bacaan.

Oleh itu, jangan bimbang lagi jika anda perlu berjaga-jaga untuk bersiap sedia menghadapi peperiksaan sambil bersengkang mata, ciri ini akan membantu mengurangkan rasa tidak selesa dan membantu anda menikmati pengalaman membaca yang selesa.

Selain itu, tablet HUAWEI MatePad T 10S juga dilengkapi dengan Kids Corner yang menawarkan satu zon selamat dan terlindung untuk anak-anak belajar dan berhibur dengan tablet.

Pilihan kawalan ibu bapa juga membolehkan ibu bapa mengurus kandungan dan aplikasi yang tersedia untuk anak-anak mereka dengan mudah, serta had masa yang dapat diluangkan oleh anak-anak pada peranti.

Untuk mempromosikan penggunaan peranti yang sihat, Kids Corner juga menyertakan mod perlindungan mata seperti penapis cahaya biru, amaran postur, amaran jalan bergelombang, amaran kecerahan, amaran jarak jauh dan mod eBook untuk memastikan anak-anak menggunakan peranti dengan tepat dan selamat.

Lebih Ganjaran

Di HUAWEI, pastu ada satu produk untuk anda. HUAWEI telah melancarkan pelbagai produk luar biasa seperti HUAWEI FreeBuds Pro yanh berharga RM699 dan WATCH GT 2 Pro pada harga RM1,199 dengan tujuan untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian anda.

Dari 28 November 2020 hingga 3 Januari 2021, menikmati ganjaran berganda apabila membeli HUAWEI MatePad T 10s, FreeBuds Pro atau WATCH GT 2 Pro.

Dengan setiap pembelian, pengguna akan mempunyai peluang untuk hadiah eksklusif dan hadiah bernilai lebih dari RM300,000 * termasuk Proton X50 yang baru.

Jangan lepaskan peluang ini untuk memberikan ganjaran kepada anda dan orang tersayang dengan baik untuk menyambut tahun 2021!

Dapatkan maklumat lanjut mengenai produk terbaru HUAWEI di HUAWEI Store atau kunjungi HUAWEI Experience Store yang berdekatan dengan anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.