Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno4 Pro dan Oppo Reno4 kini ditawarkan pada harga dari RM 1,499 sahaja


Oppo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa siri Oppo Reno4 telah menerima penyelarasan harga yang menjadikan telefon pintar ini lebih berpatutan.

Siri Oppo Reno4 terdiri daripada Reno4 Pro dan Reno4 yang telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Ogos yang lalu iaitu masing-masing pada harga RM 2,399 dan RM 1,699.

Namun kini, Oppo telah mengumumkan bahawa Oppo Reno4 Pro akan ditawarkan pada harga RM 2,099 manakala Reno4 pula akan ditawarkan pada harga RM 1,499 sahaja.

Ini bermaksud Oppo Reno4 Pro adalah RM 300 lebih murah berbanding sebelum ini manakala Reno4 pula adalah RM 200 lebih murah.

Spesifikasi Oppo Reno4 Pro dan Reno4

Oppo Reno 4 hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.4-inci yang memiliki kamera selfie punch hole 32MP manakala Oppo Reno 4 Pro pula hadir dengn skrin paparan 90Hz AMOLED berukuran 6.5-inci dengan kamera selfie punch hole 32MP (Sony IMX616)

Pada bahagian kamera, Oppo Reno 4 Pro dan Reno 4  dilengkapkan dengan kamera utama 48MP bersama-sama sensor ultrawide 8MP, 2MP sensor depth dan 2MP sensor mono.

Oppo Reno 4 dan Reno 4 Pro juga hadir dengan pemproses Snapdragon 720G yang dipadankan dengan sehingga 8GB RAM manakala storan dalaman adalah 128GB bagi Reno4 dan 256GB bagi Reno4 Pro.

Kedua-dua model didalam siri Reno 4 ini juga hadir dengan  ColorOS 7.2.

Oppo Reno 4 disertakan dengan bateri berkapasiti 4,015mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W manakala Reno4 Pro hadir dengan bateri 4,000mAh yang disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0.

Beli Oppo Reno4 Pro di Oppo Store

Beli Oppo Reno4 di Oppo Store

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.