ZTE Watch Live kini rasmi – jam pintar bajet pada harga serendah RM 183 sahaja
ZTE secara rasminya telah memperkenalkan jam pintar terbaru mereka yang dikenali sebagai Watch Live yang mempunyai harga penjualan CNY 229 atau sekitar RM 183 sahaja.
ZTE Watch Live hadir dengan skrin paparan TFT LCD berukuran 1.3-inci dengan resolusi 240×240 piksel.
Jam pintar ini hadir dengan reka bentuk 4 segi yang disertakan tali jam silikon dengan berat sekitar 35 gram dan ianya juga memiliki pensijilan kalis air dan habuk IP68.
ZTE Watch Live menawarkan pengguna 12 aktiviti kecergasan, notifikasi langsung, kawalan muzik, notfikasi untuk bersenam dan shutter kamera.
Selain itu, ZTE Watch Live juga hadir dengan bacaan heart rate 24/7, tahap saturasi darah dalam oksigen SpO2, perekod tidur dan tekanan.
Bercakap mengenai bateri, ZTE Watch Live didakwa mampu menawarkan jangka hayat bateri antara 14-21 hari yang bergantung pengunaan manakala pengecasan pula dilakukan melalui pad magnetik.
ZTE Watch Live akan ditawarkan pada harga CNY 229 namun buat masa ini ianya hanya ditawarkan di China.
Penawaran antarabangsa ZTE Watch Live masih belum diketahui.