Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Buds Z kini rasmi – Pra-tempahan di buka mulai 1 Disember pada harga RM 199 sahaja

OnePlus Buds Z kini rasmi - Pra-tempahan di buka mulai 1 Disember pada harga RM 199 sahaja 1

OnePlus Buds z malaysia
OnePlus Malaysia secara rasminya telah melancarkan earbuds terbaru mereka ke pasaran tempatan iaitu OnePlus Buds Z dengan harga penjualan RM 229 sahaja.

OnePlus Buds Z dilihat sebagai TWS yang lebih murah daripada OnePlus Buds namun turut menawarkan pelbagai fungsi menarik yang termasuk kalis air dan habuk IP55.

OnePlus Buds Z hadir dengan 10mm dynamic driver pada reka bentuk in-ear yang selesa untuk semua jenis pengguna.

Selain itu, OnePlus Buds Z juga menawarkan pengunaan sehingga 5 jam manakala dengan bekas pengecasan, anda mampu menikmati pengunaan sehingga 20 jam dan terdapat juga sokongan pengecasan pantas yang memberikan

Selain itu, 3 jam pengunaan dengan 10 minit pengecasan.

OnePlus Buds Z kini rasmi - Pra-tempahan di buka mulai 1 Disember pada harga RM 199 sahaja 2

OnePlus Buds Z akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu putih pada harga penjualan RM 229 secara eksklusif di Lazada mulai 12 Disember ini.

OnePlus Buds Z kini rasmi - Pra-tempahan di buka mulai 1 Disember pada harga RM 199 sahaja 3

Walaubagaimanapun anda boleh mendapatkan OnePlus Buds Z pada harga RM 199 sahaja dengan membuat pra-tempahan mulai 1 hingga 11 Disember ini melalui Lazada’Chop Dulu’.

Pra-tempahan ini memerlukan anda membayar deposit sebanyak 10% (RM 19.90) dengan baki dibayar pada 12 Disember 2020.

Pra-tempah OnePlus Buds Z di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.