Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Buds Z akan dilancarkan di Malaysia pada 30 November ini


OnePlus Malaysia telah mengesahkan bahawa OnePlus Buds Z akan dilancarkan secara rasmi pada 30 November ini.

OnePlus Buds Z merupakan earbuds terbaru daripada OnePlus yang dilancarkan bersama-sama OnePlus 8T baru-baru ini.

OnePlus Buds Z dilihat sebagai TWS yang lebih murah daripada OnePlus Buds namun turut menawarkan pelbagai fungsi menarik yang termasuk kalis air dan habuk IP55.

OnePlus Buds Z hadir dengan 10mm dynamic driver pada reka bentuk in-ear yang selesa untuk semua jenis pengguna.

Selain itu, OnePlus Buds Z juga menawarkan pengunaan sehingga 5 jam manakala dengan bekas pengecasan anda mampu menikmati pengunaan sehingga 20 jam dan terdapat juga sokongan pengecasan pantas yang memberikan 3 jam pengunaan dengan 10 minit pengecasan.

OnePlus Buds Z akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu putih dan kelabu.

Anda boleh menonton majlis pelancaran OnePlus Buds Z secara langsung di YouTube atau Facebook OnePlus Malaysia pada 30 November bermula jam 12 tengahari.

Selain itu, bersama-sama pengumuman ini, OnePlus Malaysia juga telah mengumumkan bahawa OnePlus Nord versi 12/256GB kini boleh dibeli secara berasingan pada harga RM 2,099 iaitu secara eksklusif di Shopee mulai 30 November 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.