realme Malaysia lancar 6 produk AIoT pada 3 Disember ini – termasuk realme Smart TV dan realme Watch S
Pada awal tahun 2020, realme Malaysia telah mengumumkan kemasukan beberapa produk AIoT mereka ke pasaran tempatan.
Antara produk AIoT yang memasuki pasaran Malaysia ketika itu adalah realme Watch, realme Buds Air Neo, realme Band, realme PowerBank 2 dan realme Buds Q.
Melangkah ke tahun 2021, realme dilihat bakal menutup tirai 2020 dengan pelancaran beberapa produk AIoT ke pasaran Malaysia pada 3 Disember ini.
Berdasarkan gambar poster yang dimuat naik di Facebook realme Malaysia, syarikat ini akan memperkenalkan sehingga 6 produk AIoT baru minggu hadapan.
Antara produk AIoT yang disahkan akan memasuki pasaran Malaysia adalah realme Smart TV, realme Smart Cam 360°, realme N1 Sonic Electric Toothbrush, realme Buds Air Pro, realme Buds Wireless Pro dan realme Watch S.
Pastikan anda tidak ketinggalan menonton majlis pelancaran rasmi realme AIoT Grand Launch Season 2 di Facebook realme Malaysia pada 3 Disember ini bermula jam 12 tengahari .