Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C15 Malaysia – Entry-Level Value King Terbaru Dengan Bateri 6,000mAh & Pengecasan Pantas 18W

realme C15 Malaysia – Entry-Level Value King Terbaru Dengan Bateri 6,000mAh & Pengecasan Pantas 18W

realme C15 Malaysia - Entry-Level Value King Terbaru Dengan Bateri 6,000mAh & Pengecasan Pantas 18W 11

realme Malaysia, syarikat telefon pintar paling berkembang pesat di dunia sentiasa melakukan kejutan dengan memperkenalkan pelbagai model telefon pintar yang menepati citarasa dan kehendak pengguna.

Walaupun siri realme C merupakan siri kelas entry-level syarikat ini, realme terbukti sentiasa menawarkan satu pakej telefon pintar yang terbaik pada segmen harganya.

Terbaru, realme Malaysia telah mengesahkan bahawa realme C15 akan memasuki pasaran Malaysia dan tumpuan sudah pasti terarah kepada kapasiti bateri 6,000mAh yang dimiliki telefon pintar ini.
realme C15 Malaysia - Entry-Level Value King Terbaru Dengan Bateri 6,000mAh & Pengecasan Pantas 18W 12
sumber gambar @realme India

Bateri berkapasiti tinggi 6,000mAh & 18W Fast Charge

realme meneruskan momentum positif siri realme C ini dengan menawarkan kapasiti bateri terbesar pada realme C15.

Bateri berkapasiti 6,000mAh yang dimiliki oleh realme C15 memberikan pengguna jangka hayat penggunaan telefon pintar yang maksima malah tidak mampu ditandingi telefon pintar flagship dipasaran.

Buktinya, berdasarkan ujian yang dijalankan di makmal realme, realme C15 mampu berada didalam mod standby untuk tempoh 48 hari atau sekitar 44 jam waktu panggilan, 119 jam pendengaran muzik dalam talian, 26.8 jam tontonan filem dalam talian dan 14.5 jam permainan video MLBB.

Selain itu, bateri berkapasiti tinggi pada realme C15 membolehkan anda melakukan aktiviti harian dengan ketenangan minda tanpa perlu risau akan kehabisan bateri.

Dengan ini, anda boleh menghabiskan masa lapang anda dengan menonton lebih banyak filem kegemaran anda, lebih banyak pusingan permainan MLBB atau lebih lama melayari laman sosial kegemaran anda.

Seterusnya, bateri 6,000mAh yang dimiliki oleh realme C15 juga membolehkanya berfungsi sebagai satu powerbank (OTG reverse Charge) apabila diperlukan pada waktu kecemasan.

Dalam pada itu, realme juga telah melengkapkan pakej bateri realme C15 ini dengan teknologi pengecasan pantas 18W Fast Charge yang mana pengecasan ke tahap 30% hanya mengambil masa 25 minit.

realme C15 Malaysia - Entry-Level Value King Terbaru Dengan Bateri 6,000mAh & Pengecasan Pantas 18W 13Optimasi Jangka Hayat Bateri 

Walaupun bateri 6,000mAh adalah satu asas kepada jangka hayat bateri yang baik, optimasi perisian yang mendalam juga menawarkan kelebihan kompetitif kepada realme C15 ini.

Hasil integrasi perisian yang mendalam membolehkan realme C15 dilengkapi dengan teknologi App Quick Freeze dan Screen Battery Optimization.

App Quick Freeze membolehkan realme C15 ‘membekukan’ aplikasi yang jarang digunakan daripada menggunakan tenaga bateri pada latar belakang manakala Screen Battery Optimizations pula akan mengurangkan kesan grafik pada skrin tanpa sebarang perbezaan ketara sekaligus meningkatkan lagi tahap ketahanan bateri.

Selain itu, mekanisma penjimatan bateri pada realme C15 juga berlaku ketika anda tidur, dengan Sleep Standby Optimization.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengaktifkan mod power saving yang mengaktifkan beberapa mekanisma penjimatan bateri seperti pengurangan kecerahan skrin, fungsi auto screen-off ditetapkan pada durasi 15 saat dan menghentikan background sync.

realme C15 Malaysia - Entry-Level Value King Terbaru Dengan Bateri 6,000mAh & Pengecasan Pantas 18W 14

Mod Super Power Saving 

Di dalam mod ini, realme C15 menawarkan pengguna pilihan untuk menetapkan 6 aplikasi utama yang mahu dikekal aktif untuk mencapai tahap jangka hayat bateri yang paling efisien namun pada masa yang sama telefon pintar akan mengaktifkan mod penjimatan bateri agresif.

Dalam pada itu, kajian yang dijalankan di realme Lab, seorang pengguna secara puratanya hanya menggunakan 6 aplikasi (70-80% ketika penggunaan telefon pintar).

Padahal dengan teknologi penjimatan bateri seperti ini, realme C15 terbukti mampu menawarkan pengguna satu pakej penjimatan bateri yang sangat efektif tanpa sedikit pun mengganggu pengalaman keseluruhan pengguna.

Kesimpulanya, kombinasi bateri berkapasiti dan tinggi 6,000mAh pasti memberikan peminat realme satu pakej telefon pintar entry-level yang sangat berbaloi untuk dimiliki.

realme C15 Malaysia - Entry-Level Value King Terbaru Dengan Bateri 6,000mAh & Pengecasan Pantas 18W 15

realme C15 akan dilancarkan di Malaysia pada 24 November ini dan siaran langsung majlis pelancaran ini boleh ditonton di Facebook realme Malaysia bermula jam 12 tengahari.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.