Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco M3 akan dilancarkan 24 November ini – telefon pintar bajet dengan bateri 6,000mAh

Poco M3 Malaysia
Pocophone secara rasminya telah mengesahkan bahawa Poco M3 akan dilancarkan pada 24 November ini dan telefon pintar ini dijangka akan turut memasuki pasaran Malaysia.

Poco M3 boleh dikatakan satu lagi penawaran midrange daripada syarikat ini dan laporan awal mengatakan telefon pintar ini akan hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh.

Selain itu, berdasarkan gambar yang di bocorkan oleh 91mobile, Poco M3 dijangka akan hadir didalam tiga warna iaitu Kuning, Hitam dan Biru dengan ruang modul kamera adalah berwarna hitam.

Selain itu, telefon pintar terbaru Poco ini juga dijangka akan hadir dengan skrin paparan punch-hole yang membawakan resolusi FHD+ namun kadar segar semula skrin ini masih belum diketahui.

Dalam pada itu, Poco M3 juga dikatakan akan menggunakan pemproses Snapdragon 662 selain sensor capjari pada butang kuasa sisi.

Dengan pelancaran rasmi hanya berbaki 4 hari sahaja lagi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton majlis pelancaran global Poco M3 pada 24 November ini ( Jam 8 Malam) di Facebook Poco Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.