Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 7 5G kini rasmi dengan cipset Dimensity 800U 5G dan skrin 120Hz

realme 7 5G malaysiarealme secara rasminya telah mengumumkan penawaran realme 7 5G dipasaran Eropah dan India yang membawakan teknologi 5G pada harga bajet dengan pengunaan cipset Dimensity 800U.

Cip Dimensity 800U 5G ini hadir dengan modem 5G terbina dan sokongan dwi-SIM 5G.

Selain itu, CPU cip pemprosesan keluaran MediaTek ini terdiri daripada dua teras Cortex A76 berkelajuan 2.4GHz bersama-sama 6 teras Cortex-A55 berkelajuan 2.0GHz selain GPU Mali-G57.

realme 7 5G ini hadir dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan terdapat juga sensor selfie 16MP manakala sensor capjari adalah pada butang kuasa di sisi.


realme 7 5G ini juga hadir dengan sensor utama 48Mp, sensor ultrawide 8MP, sensor monokrom dan makro pada resolusi 2MP

Selain itu, realme 7 juga hadir dengan realme UI berasaskan Android 10, pembesar suara Dolby Atmos dan bateri 5,000mAh turut disertakan pengecasan pantas 30W Dart Charge (0-100% dalam 65 minit).

realme 7 5G akan ditawarkan didalam kapasiti iaitu 6/128GB pada harga £279 (RM 1,513) namun ditawarkan £259 (RM 1,404) sempena penjualan Black Friday.

Buat masa ini masih belum ada maklumat status pelancaran realme 7 5G ke pasaran Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.