Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo lancarkan pertandingan fotografi ‘Be RENOgrapher’ dengan kerjasama Tourism Malaysia


OPPO dan Tourism Malaysia telah bekerjasama dalam melancarkan Pertandingan Fotografi ‘Be A RENOgrapher’.

Be A RENOgrapherPeraduan fotografi ini menawarkan para peserta hadiah bernilai sehingga RM 129,000 untuk dimenangi,

Pertandingan Fotografi yang dikenali sebagai ‘Be RENOgrapher’ bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menerokai kepelbagaian budaya dan keindahan Malaysia menerusi lensa kamera telefon pintar sekali gus memupuk minat fotografi dalam kalangan rakyat Malaysia.

 Penyertaan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke atas yang menariknya ia boleh disertai oleh pengguna OPPO dan bukan pengguna OPPO, mulai 18 November 2020 hingga 20 Disember 2020.

peraduan ini terbahagi kepada empat kategori yang berbeza: Clearly Your Best Night, Clearly Your Best Portrait, Clearly Your Best Creativity dan Clearly Your Best Landscape.

Clearly Your Best Night memberi tumpuan kepada perakaman pemandangan yang menawan dalam keadaan pencahayaan rendah, sementara Clearly Your Best Portrait memfokuskan kepada pengabadian semangat Malaysia dalam penggunaan mod potret.

Kategori Clearly Your Best Creativity, peserta bebas menerokai kreativiti mereka dalam menghasilkan gambar di luar jangkaan.

Clearly Your Best Landscape pula memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi keindahan Malaysia.

Bagi pengguna OPPO

Langkah 1: Pilih tema yang diminati (rujuk rajah dibawah). Semua peserta digalakkan untuk menyertai lebih daripada satu tema.

Langkah 2: Guna apa sahaja jenis telefon pintar OPPO dan pastikan anda aktifkan watermark OPPO untuk mengambil gambar.

Langkah 3: Muat naik ke Instagram dengan 3 hashtag

i. #BeRENOgrapher

ii. Hashtag nama modal telefon pintar OPPO anda (eg. #OPPOReno4Pro)

iii. Hashtag kategori tema yang disertai (dari langkah 1). Pastikan profil Instagram anda diset ke ‘Public’.

Langkah 4: Hantarkan URL Instagram anda ke https://forms.gle/GRtpamKFVdX3uQtU6 untuk mengesahkan penghantaran anda.

Bagi bukan pengguna OPPO

Langkah 1: Pilih tema yang diminati (rujuk rajah dibawah). Semua peserta digalakkan untuk menyertai lebih daripada satu tema.

Langkah 2: Ambil gambar dengan telefon pintar anda. Pastikan watermark ditutup.

Langkah 3: Muat naik ke Instagram dengan 2 hashtag:

i. #BeRENOgrapher

ii. Hashtag kategori tema yang disertai (dari langkah 1). Pastikan profil Instagram anda diset ke ‘Public’.

Langkah 4: Hantarkan URL Instagram anda ke https://forms.gle/GRtpamKFVdX3uQtU6 untuk mengesahkan penghantaran anda.

 

Kategori

Hashtag Kategori

Clearly Your Best Night

#RenoNightMoment

Clearly Your Best Portrait

#RenoPortraitMoment

Clearly Your Best Creativity

#RenoCreativeMoment

Clearly Your Best Landscape

#RenoLandscapeMoment

Sepanjang tempoh peraduan, satu peserta dari setiap kumpulan dengan foto terbaik akan dipilih sebagai pemenang mingguan.

Pada 23 Disember 2020, 15 pemenang saguhati, 10 pemenang hadiah cemerlang dan empat pemenang kategori dari Kumpulan OPPO serta 12 pemenang saguhati, lapan pemenang hadiah cemerlang dan empat pemenang kategori dari Kumpulan Bukan OPPO akan diumumkan di https://oppomy.com/BeRENOgrapher.

8 Pemenang Hadiah Utama pula akan diumumkan pada 2 Januari 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila layari https://oppomy.com/BeRENOgrapher.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.