Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam Kecergasan Samsung Galaxy Fit2 kini di Malaysia pada harga RM 179 sahaja

Jam Kecergasan Samsung Galaxy Fit2 kini di Malaysia pada harga RM 179 sahaja 9
Samsung secara rasminya telah mengumumkan bahawa jam kecergasan Galaxy Fit2 kini telah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 179 sahaja.

Jam Kecergasan Samsung Galaxy Fit2 kini di Malaysia pada harga RM 179 sahaja 10

Samsung Galaxy Fit2 merupakan satu jam kecergasan mampu milik yang hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.1-inci yang menjanjikan sehingga 21 hari jangka hayat bateri.

Jam Kecergasan Samsung Galaxy Fit2 kini di Malaysia pada harga RM 179 sahaja 11

Samsung Galaxy Fit2 juga hadir dengan bacaan degupan jantung, pembakaran kalori, jumlah langkah dan jarak.

Selain itu, Galaxy Fit2 ini juga menawarkan fungsi auto-detect bagi lima latihan yang berbeza iaitu berjalan, berlari, senaman dinamik, latihan elips, dan mesin mendayung

Jam Kecergasan Samsung Galaxy Fit2 kini di Malaysia pada harga RM 179 sahaja 12
Lebih menarik, Samsung Galaxy Fit2 juga mempunyai pensijilan kalis air sehingga 50 meter (5ATM), perekod kualiti tidur dan tahap tekanan.

Jam Kecergasan Samsung Galaxy Fit2 kini di Malaysia pada harga RM 179 sahaja 13
Samsung Galaxy Fit2 juga dilengkapi peringatan membasuh tangan

Samsung Galaxy Fit2 kini boleh dimiliki pada harga RM 179 didalam dua pilihan warna iaitu Hitam dan Scarlet.

Jam Kecergasan Samsung Galaxy Fit2 kini di Malaysia pada harga RM 179 sahaja 14
Galaxy Fit2 juga hadir dengan 70 Watch Faces Terbina & Boleh Digunakan bersama peranti iOS

Pembelian Galaxy Fit2 boleh dibuat di Samsung Experience Stores, wakil penjual rasmi Samsung dan Samsung Malaysia E-store.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.