Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A42 5G kini di Malaysia- telefon pintar 5G termurah daripada Samsung

Samsung Galaxy A42 5G Malaysia
Samsung Mobile Malaysia secara rasminya telah mula menawarkan Galaxy A42 5G dipasaran Malaysia yang hadir sebagai peranti 5G termurah keluaran Samsung.

Selain itu, Samsung Galaxy A42 5G juga hadir di Malaysia sebagai telefon pintar siri Galaxy A yang pertama untuk menawarkan teknologi perhubungan baru ini.

Samsung Galaxy A42 5G kini di Malaysia- telefon pintar 5G termurah daripada Samsung 9

Terus kepada spesifikasi, Samsung Galaxy A42 5G hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.6-inci namun hanya pada resolusi HD+ namun anda masih menerima sensor capjari terbina dalam skrin.

Samsung Galaxy A42 5G kini di Malaysia- telefon pintar 5G termurah daripada Samsung 10

Bercakap mengenai cip pemprosesan, Samsung Galaxy A42 5G hadir dengan cip Qualcomm Snapdragon 750G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Samsung Galaxy A42 5G kini di Malaysia- telefon pintar 5G termurah daripada Samsung 11

Pada bahagian kamera pula, Samsung Galaxy A42 menampilkan tetapan quad-kamera yang terdiri daripada satu sensor utama 48MP, sensor ultrawide angle 8MP dan dua sensor 5MP yang merupakan sensor depth dan makro. Kamera selfie adalah 20MP.

Samsung Galaxy A42 5G kini di Malaysia- telefon pintar 5G termurah daripada Samsung 12

Samsung Galaxy A42 juga menampilkan bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 15W.

Samsung Galaxy A42 5G kini ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Prism Dot Gray dan Prism Dot Black pada harga RM 1,599.

Beli Samsung Galaxy A42 5G di Samsung Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.