Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo perkenal tiga produk konsep – termasuk telefon pintar dengan skrin rollable

Oppo rollable concept phone


OPPO INNO DAY 2020 yang bertemakan “Leap To The Future ” telah berlangsung sebentar tadi di Shenzhen.

Pada majlis itu, OPPO juga mempersembahkan tiga produk konsep iaitu telefon pintar OPPO X 2021, OPPO AR Glass 2021 dan OPPO CybeReal AR.

Oppo perkenal tiga produk konsep - termasuk telefon pintar dengan skrin rollable 11

Telefon pintar konsep dengan skrin paparan rollable , OPPO X 2021 adalah hasil usaha R&D OPPO dalam paparan fleksibel dan susunan struktur, menjadikan pengguna pengalaman interaktif yang lebih semula jadi.

Oppo perkenal tiga produk konsep - termasuk telefon pintar dengan skrin rollable 12
Telefon pintar konsep itu menampilkan tiga teknologi proprietari OPPO, termasuk powertrain Roll Motor, Plat 2-dalam-1, dan laminasi skrin kekuatan tinggi Warp Track yang dikembangkan sendiri.

Oppo perkenal tiga produk konsep - termasuk telefon pintar dengan skrin rollable 13

Oppo X 2021 hadir dengan skrin paparan OLED yang mampu berubah dari 6.7 inci sehingga 7.4 inci, yang memungkinkan pengguna menyesuaikan ukuran paparan berdasarkan keperluan sebenarnya.

OPPO AR Glass 2021 memperlihatkan sepenuhnya “lompatan” dalam penerokaan dunia digital OPPO.

Oppo perkenal tiga produk konsep - termasuk telefon pintar dengan skrin rollable 14

OPPO AR Glass 2021 mempunyai reka benruk yang lebih padat dan ringan; peranti ini adalah 75% lebih ringan daripada generasi sebelum ini.

Bagi komponen teras, OPPO AR Glass 2021 dibina dengan optik Birdbath, menawarkan pengalaman yang luar biasa.

OPPO AR Glass 2021 juga mempunyai pelbagai sensor, termasuk kamera stereo fisheye, satu sensor ToF, dan satu kamera RGB.

Oppo perkenal tiga produk konsep - termasuk telefon pintar dengan skrin rollable 15

Produk konsep yang ketiga adalah aplikasi CyberReal AR yang dikuasakan oleh teknologi pengiraan spatial yang menawarkan pengecaman adengan yang tepat dan disokong oleh teknologi teras OPPO yang termasuk OPPO Cloud.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.