Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jabra Elite 85t dilancarkan secara rasmi dengan teknologi ANC Jabra yang paling maju dan berkuasa

Jabra elite 85t
Jabra Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan earbus premium terbaru mereka iaitu Jabra Elite 85t yang hadir dengan teknologi memperkenalkan pembatalan bunyi aktif (ANC) yang termaju

Elite 85t direka bentuk untuk melangkaui batasan bunyi hingar yang dapat dilenyapkan dalam earbud tanpa wayar sebenar, yang menampilkan ciri teknologi.

Earbud ini dilengkapi cipset dual yang mempunyai keupayaan ANC yang hebat serta pemprosesan audio yang optimum.

Produk ini adalah antara earbud terkecil yang menawarkan ANC premium untuk mewujudkan ruang peribadi anda yang senyap, serta membawakan HearThrough supaya anda dapat mendengar bunyi di sekeliling anda.

Kedua-dua ciri tersebut boleh dilaraskan sepenuhnya serta mempunyai fokus yang lebih pada prestasi audio yang semula jadi dan pemerangkapan yang terhad (sekatan/penutupan), yang dapat dicapai menerusi reka bentuk separa terbuka dan mikrofon ANC berganda.

Earbud tanpa wayar sebenar ini telah direka bentuk khusus untuk pengalaman panggilan dan muzik yang tidak pernah dapat dialami sebelum ini dengan pembesar suara 12mm untuk audio yang kuat, bateri yang tahan sehingga 25 jam (dengan ANC terpasang), dan teknologi 6 mikrofon berserta perlindungan dari angin untuk panggilan yang mengagumkan.

Mikrofon pada bahagian luar dan dalam earbud berfungsi untuk membawakan Jabra Advanced ANCTM, yang membolehkan pembatalan bunyi yang lebih baik, dengan menapis lebih banyak bunyi hingar pada semua frekuensi.


Ciri-ciri utama dan spesifikasi Jabra Elite 85t:

● Reka bentuk yang kompak dan EarGels™ silikon berbentuk bujur untuk padanan yang selesa dan kedap

● Cip ANC khusus yang lebih efisien dalam melenyapkan bunyi hingar di persekitaran

● Teknologi panggilan 6 mikrofon dan perlindungan dari angin untuk panggilan yang lebih baik tidak kira di mana anda berada

● ANC 4 mikrofon menggunakan mikrofon pada dalam dan luar earbud

● Pembesar suara 12mm untuk audio yang kuat dan bes yang bertenaga

● Reka bentuk separa terbuka dengan ‘hear through’ yang semula jadi

● ANC boleh dilaraskan dengan slider dual dari ANC sepenuhnya hingga ke HearThrough sepenuhnya

● Tahap ketahanan IPX4 dan waranti 2 tahun* terhadap habuk dan air

● Bateri dapat bertahan sehingga 5.5 jam dengan sekali cas dan sehingga 25 jam menggunakan sarung pengecas dengan ANC terpasang; 7 jam dengan sekali cas dan 31 jam tanpa ANC

● Mempunyai pensijilan Qi, bagi pengecasan tanpa wayar dan sesuai dengan semua pengecas yang mempunyai pensijilan Qi

● Penyama yang boleh disesuaikan dalam Sound+ App menjadikan muzik anda lebih baik lagi

● Akses satu sentuhan kepada Alexa, Siri® dan Google AssistantTM

● ‘MyControls’ untuk menetapkan penetapan butang dan Jabra MySound bagi profil audio yang tersendiri

Jabra Elite 85t akan mula ditawarkan di cawangan runcit yang terpilih bermula 4 Dis 2020 dengan harga penjualan RM1049

Buat masa ini, Jabra Eite 85t akan ditawarkan didalam warna Titanium Black sahaja namun dua lagi warna iaitu Gold Biege dan Grey akan memasuki pasaran tempatan pada suku pertama 2021.

sempena pelancaran, setiap pembelian Elite 85t juga akan disertakan dengan Elite Active 45e yang bernilai RM379 secara percuma (sementara stok masih ada).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.