Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Casing Premium LifeProof untuk siri Apple iPhone 12 kini ditawarkan pada harga serendah RM 159 sahaja


Selain OtterBox, satu lagi pengeluar casing premium untuk Apple iPhone telah mengumumkan penawaran bekas perlindungan mereka untuk Siri Apple iPhone 12.

LifeProof telah mengesahkan bahawa casing premium yang menawarkan perlindungan maksima untuk Siri Apple iPhone 12 anda kini ianya boleh didapati di Malaysia dengan harga penjualan serendah RM  159.

LifeProof WĀKE dan NËXT untuk Apple iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max kini boleh dibeli di lifeproof.asia manakala casing kalis air FRĒ pula akan mula ditawarkan tidak lama lagi.

Selain itu, dengan setiap pembelian casing LifeProof ini, anda juga berpeluang untuk membantu menangangi masalah pencemaran air.

WĀKE dicipta untuk membantu mengatasi masalah plastik yang semakin meningkat di lautan. Sarung LifeProof ini dibuat daripada 85% bahan plastik kitar semula yang ditemui di laut namun tidak sedikit pun menjejaskan perlindungan – memenuhi standard LifeProof iaitu perlindungan jatuh setinggi 6.6 kaki. WĀKE ditawarkan didalam 3 warna dan mempunyai corak ombak yang menarik.

Seperti Siri WĀKE, portfolio LifeProof yang lain kini juga mempunyai bahan kitar semula. FRĒ untuk Apple iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max kini terdiri daripada lebih 60 peratus bahan kitar semula dan merangkumi peranti baru ini dengan perlindungan 360⁰.

Reka bentuk kalis air yang ditawarkan oleh casing FRĒ akan memastikan anda bersedia untuk bekerja atau bermain di mana-mana sahaja.

NËXT pula menampilkan perlindungan ultra-nipis dengan reka bentuk lutsinar pada bahagian belakang yang jelas untuk mempamerkan iPhone baru anda.

Selain itu, NËXT juga menampilkan warna di sisi dan ianya diperbuat dengan lebih dari 50 peratus bahan kitar semula, anda akan siap untuk apa sahaja dengan casing NËXT.

LifeProof  juga mengajak para penggunanya untuk membuat perubahan juga.

Dengan kerjasama Water.org, Coral Reef Alliance, American Rivers dan Oceana, LifeProof akan memberikan sumbangan untuk setiap casing yang dijual bagi menyokong masa depan yang lebih sihat untuk air dunia kita.

Pengguna boleh mengunjungi lifeproof.asia/makingwaves untuk mendaftarkan produk mereka dan memilih badan amal pilihan mereka.

LifeProof WĀKE dan NËXT kini telah mula ditawarkan sekarang manakala FRĒ akan memasuki pasaran tidak lama lagi.

Siri LifeProof WĀKE juga tersedia sekarang untuk Apple iPad (Gen ke-7 / Gen ke-8). Untuk maklumat lebih lanjut, lawati www.lifeproof.asia/

Senarai Harga adalah seperti berikut:

Model

Siri

RM (RRP)

iPhone 12 mini

iPhone 12

iPhone 12 Pro

iPhone 12 Pro Max

Siri FRĒ

RM 379.00

Siri NËXT

RM 289.00

Siri WĀKE

RM 159.00

Dapatkan Casing LifeProof pilihan anda di lifeproof.asia atau di stor rasmi LifeProof di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.