Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI secara rasminya mengesahkan penjualan jenama telefon pintar HONOR


Huawei secara rasminya telah mengesahkan bahawa ianya telah menjual anak syarikat mereka iaitu Honor.

Penjualan ini adalah disebabkan kesan penyenaraian hitam oleh Amerikq Syarikat yang menyebabkan perniagaan telekom dan komersial Huawei terjejas teruk sejak beberapa tahun ini.

Honor telah diambil alih oleh Shenzhen Zhixin New Information Technology Co., Ltd. dan syarikat ini telah menandatangani perjanjian dengan Huawei Investment Holdings Co., Ltd. untuk memperoleh sepenuhnya perniagaan telefon pintar Honor.

Selain itu, Perjanjian tersebut juga menyatakan bahawa pengambilihan ini akan melindungi kepentingan pengguna, saluran, pembekal, rakan kongsi, dan pekerja. Perubahan dalam pemilikan tidak boleh mempengaruhi pengembangan Honor, dan pengurusan teratas Honor akan kekal seperti sekarang.

Shenzhen Zhixin New Information Technology Co., Ltd telah ditubuhkan oleh sebuah konsortium (sekumpulan rakan pelabur dan perniagaan) yang terdiri daripada lebih daripada 30 ejen dan pengedar.

Honor yang baru akan mengawasi sumber, penjenamaan, pengeluaran, pengedaran, perkhidmatan, operasi, dan keputusan eksekutif. Huawei tidak akan lagi mempunyai kepentingan didalam Honor, dan juga tidak akan menjadi sebahagian daripada lembaga eksekutif syarikat itu lagi.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.