Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo akan memperkenalkan 3 produk konsep terbaru di OPPO INNO DAY 2020 pada 17 November ini

Oppo inno day 2020
Oppo secara rasminya telah mengesahkan bahawa ia akan mengadakan sidang tahunan Oppo INNO DAY pada 17 November ini di Shenzen, China.

OPPO INNO DAY 2020 ini akan hadir dengan tema “Leap into the Future” dan berdasarkan pengesahan rasmi daripada Oppo Malaysia, syarikat ini akan memperkenalkan 3 produk konsep terbaru mereka.

Tony Chen, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OPPO, serta Levin Liu, Naib Presiden OPPO dan Ketua Institut Penyelidikan OPPO akan menyampaikan ucaptama yang berkongsi maklumat terkini mengenai visi teknologi syarikat dan falsafah perniagaan untuk era baru.

Maklumat lanjut mengenai OPPO INNO DAY boleh diketahui di https://events.oppo.com/en/innoday2020/

Anda juga boleh menonton sidang Oppo INNO DAY 2020 ini di saluran media sosial rasmi Oppo.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.