Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Qualcomm kini diberi lesen untuk membekalkan cipset kepada HUAWEI


Qualcomm secara rasminya telah mengesahkan bahawa syarikat pengeluar cip pemprosesan ini telah diberi kebenaran untuk berkerjasama dengan Huawei.

Berdasarkan kenyataan rasmi daripada Qualcomm, ianya telah mendapat lesen kebenaran untuk membekalkan cip pemprosesan kepada Huawei yang disenarai hitam oleh kerajaan AS.

Dengan pengesahan ini Qualcomm kini boleh membekalkan cipset mereka kepada Huawei namun buat masa ini hanya terhad untuk cipset 4G sahaja.

Kebenaran ini pasti memberi Huawei sedikit kelegaan selepas pengumuman terdapat laporan yang mengatakan bahawa Huawei tidak lagi berupaya untuk mengeluarkan cipset keluaran mereka yang sendiri tanpa kerjasama syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Qualcomm masih belum diberi lesen untuk membekalkan cipset 5G dan syarikat ini juga tidak mempunyak jangka masa bila ianya boleh mula membekalkan cipset 5G kepada Huawei.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.