Samsung Galaxy S20 FE 4G tiba di Malaysia 11 November ini – harga RM 2,699
Samsung Galaxy S20 FE telah dilancarkan pada 24 September yang lalu dimana ianya menjadi antara telefon pintar flaghsip terbaru Samsung untuk menggunakan cipset Snapdragon 865 yang turut membawakan sokongan 5G.
Jika anda memikirkan harga yang perlu dibayar untuk teknologi 5G masih belum relevan, ini adalah berita baik untuk anda kerana Samsung Malaysia telah mengumumkan akan menawarkan Samsung Galaxy S20 FE didalam varian 4G tidak lama lagi.
Samsung Galaxy S20 FE 4G akan mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada 11 November ini dengan harga penjualan RM 2,699 sahaja ( RM 700 lebih murah berbanding S20 FE 5G).
Selain itu, Galaxy S20 FE 4G dijangka akan hadir dengan spesifikasi yang sama seperti Galaxy S20 FE 5G kecuali dari segi cip pemprosesan dan storan dalaman.
Samsung Galaxy S20 FE ini dijangka akan hadir dengan cip pemprosesan Exynos 990 manakala storan dalaman pula adalah 128GB namun kapasiti RAM masih menjadi tanda tanya.
Selain itu, Samaung Galaxy S20 FE ini dijangka akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Cloud Lavender, Cloud Orange and Cloud Red.
Untuk spesifikasi penuh Galaxy S20 FE, baca laporan pelancaran Samsung Galaxy S20 FE